Sunday 1 November 2015

JDT Menang Piala AFC, Johor Cuti Peristiwa Hari ini


JOHOR BAHRU, 1 Nov - Sempena kemenangan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) menjuarai Piala AFC di Stadium Central Republican, Dushane, Tajikistan semalam, Kerajaan Negeri Johor mengisytiharkan cuti khas peristiwa di seluruh Johor pada hari ini.

"Kerajaan negeri memutuskan untuk mengisytiharkan esok (1 November) sebagai cuti khas peristiwa untuk seluruh negeri Johor sekiranya kemenangan berpihak kepada JDT dalam perlawanan menentang FC Istiklol.

"Perlawanan ini juga merupakan satu kejayaan buat pasukan JDT apabila berjaya mara ke peringkat akhir dan pastinya lebih manis jika dapat membawa pulang piala ke Johor.

"Bersama-sama kita mendoakan kejayaan berpihak kepada JDT," katanya Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim.