Saturday 28 November 2015

5 Cara Diet Yang Seimbang, Untuk Ibu Ada Anak Kecil!

 


Cara Diet Yang Seimbang

Banyak cara untuk diet yang boleh kita ikuti dan dapat maklumat di Internet, contohnya Diet Atkins. Namun, itu bukan masalahnya. Jika sudah bergelar ibu, tentu agak sukar untuk diet berterusan kerana risau anak tiada makanan yang biasa mereka makan.

Jika ibu perlu masak dua lauk dan makanan berlainan, tentu sekali akan mengambil masa yang lama. Bukankan lebih mudah sediakan satu jenis makanan sahaja? Anak juga boleh makan makanan diet ibu.

Makanan untuk orang diet sudah semestinya tidak sama dengan makanan orang biasa. Ia lebih seimbang dengan kandungan protein dan karbohidrat berserta serat buah-buahan. Pengambilan kalori juga cukup dijaga dan setiasa berhati-hati agar tidak terlebih.

Justeru, apa jalan penyelesaiannya tanpa mengabaikan aspek pemakanan anak-anak kita?

1. Latih anak 

Ini yang paling penting. Jika ibu makan beras perang atau  ‘brown rice’, ajar makan untuk mula makan beras perang juga. Untuk mengelakkan anak dapat rasa kelainan pada nasi itu, cuba letakkan kicap.

2. Jangan paksa

Jika anak tidak suka makan sayur, usah marah. Mula perlahan-lahan dengan buat sup sayur sebagai permulaan. Letak sedikit sahaja sayur. Lama-lama, boleh tambah sayur lain.

3. Tiada lagi makanan rapu atau ‘junk food’

Berhenti membeli makanan rapu untuk anak kita. Mulakan hidup yang sihat.

4. Sediakan alternatif

Jika anak tidak makan ayam, cuba berikan ikan. Ibu kena kreatif agar anak tidak memilih. Selain itu, ibu juga kena tegas dan bijak agar tidak perlu masak dua lauk berlainan untuk diri sendiri dan anak.

5. Kurangkan gula

Jika anak suka minum minuman panas, cuba biasakan tanpa gula. Ramai sudah maklum, gula tidak baik untuk badan. Lebih baik kurangkan gula dalam minuman supaya kesihatan terjaga.

Jika anak sudah biasa minum minuman tanpa gula, sudah tentu mereka akan ‘terbiasa’ dengan rasa itu.

Anda disyorkan menggunakan produk S Body Cream untuk menguruskan badan. Klik sini untuk maklumat tentang produk S Body Cream