Sunday 29 November 2015

6 Cara Mencegah Bayi Kuning. Bila Baru Lahir, Tiada Jaundice!

 


Cara Mencegah Bayi Kuning

Seringkali kita terdengar bayi yang baru lahir menghidap jaundice atau demam kuning. Kadangkala kasihan melihat bayi yang baru lahir terpaksa berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Ditambah pula dengan keadaan ibu yang masih belum sihat sepenuhnya. Lebih teruk apabila ibu dan bayi terpaksa di tahan di hospital kerana harus menjalani rawatan fototerapi. Jaundice terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan.

Bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi kerana mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadangkala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu. Jaundice tidak merbahaya kepada bayi tetapi akan menjadi bahaya jika tidak dikawal lebih awal. Mungkin petua dan amalan yang akan kami kongsikan ini dapat membantu para ibu untuk mngelak dan mengubati jaundice.

Antara amalan ibu mengandung yang boleh mengelakkan jaundice :

1. Makan 3 sudu madu tanpa air atau meminum air madu 5 sudu setiap hari.

2. Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari. Seelok-eloknya semasa sarapan dan sebelum tidur.

3. Mengamalkan minum pati delima paling kurang 500ml sehari

4. Mengamalkan makan buah kurma sebagai sarapan

5. Amalkan minum air kelapa muda setiap hari ketika hampir bersalin. Di samping baik untuk bayi, air kelapa juga dapat mengelakkan jaundice.

6. Suami digalakkan mengusap perut isteri sambil berselawat sebanyak mungkin.

Amalan di atas sesuai jika ibu sedang mengandung.

Semoga bermanfaat!