Saturday 28 November 2015

6 Petua Awet Muda Yang Berkesan, Untuk Lelaki & Perempuan

 


Petua Awet Muda

Petua awet muda bukanlah sesuatu yang rahsia. Kita sudah sedia maklum perkara ini, cuma tidak diamalkan sahaja.
Siapa yang tidak terganggu memikirkan usia semakin meningkat. Selain bentuk fizikal, kudrat juga semakin terhad. Cuba fikir sejenak, mahukah kita menjadi seorang tua yang lemah, tidak berdaya, cerewet, pelupa, rabun, tidak sihat dan lebih selesa bersendirian tatkala anak cucu datang menjenguk atau menjadi warga tua yang cergas, aktif, sihat dan gembira menempuh saat persaraan.
Ramai tidak sedar banyak yang boleh dilakukan individu untuk kekal aktif dan sihat dalam meniti usia tua. Risiko dan beban penyakit kronik meningkat dengan pertambahan warga tua. Begitupun ia boleh dicegah sekiranya mengamalkan gaya hidup sihat, saringan kesihatan tahunan pada peringkat awal bagi mengesan penyakit dan melengahkan merebaknya penyakit dengan perubahan gaya hidup dan pengambilan makanan seimbang.
Mari kita lihat apa petua awet muda yang baik untuk kita amalkan:

  1. Senaman ringan – Lakukan senaman ringan setiap hari bergantung pada tahap kesihatan, untuk kekal cergas dengan memastikan fizikal dan mental sihat dan mandiri. Individu yang tidak aktif lebih mudah mendapat penyakit jantung berbanding mereka yang aktif
  2. Berhati-hati ketika bersenam – Elakkan terjatuh kerana ia boleh menyebabkan kecederaan, retak dan maut. Keretakan akibat terjatuh biasanya menjejaskan bahagian punggung, pelvik, tulang belakang dan lengan
  3. Pilih makanan – Makan makanan rendah lemak, diet tinggi serat dan pastikan pemakanan seimbang seperti buah, sayur, bijirin dan kekacang
  4. Jumpa doktor – Dapatkan nasihat doktor sebelum melakukan sebarang senaman, diet atau makanan tambahan
  5. Gaya hidup sihat – Minum banyak air, berhenti merokok dan elak atau kurangkan alkohol
  6. Kekalkan harga diri – Bawa diri anda dengan penuh keyakinan dengan gaya berpakaian menarik, gaya rambut, menjaga penampilan wajah dengan melakukan penjagaan dan rawatan muka

Perlu diingat, petua ini sesuai untuk lelaki mahupun perempuan. Walaupun bukan petua awet muda tradisional, ia amat elok untuk kesihatan kita.
Semoga sesiapa yang mengamalkan petua dan tips ini dapat mengekalkan wajah muda!

Sumber: BeritaHarian

Anda juga disyorkan menggunakan produk Joyplay Wash untuk masalah jerawat. Klik sini untuk maklumat lanjut tentang produk Joyplay Wash