Friday 20 November 2015

Cara Hilangkan Parut Dengan Cepat dan Mudah

 


Kebanyakan kesan parut di muka berpunca daripada jerawat yang tumbuh. Jerawat yang dipicit menggunakan tanggan  akan meninggalkan kesan parut. Parut boleh merosakkan penampilan wajah anda dan membuatkan kulit anda nampak kurang menarik dan berseri. Walaupun adalah sukar untuk menghilangkan parut, dengan perhatian yang betul, penjagaan, dan dalam masa yang betul, parut juga boleh dihilangkan. Kami telah menyenaraikan beberapa tips untuk membuat parut anda cepat sembuh tanpa meninggalkan apa-apa tanda pada kulit anda.

1. Penjagaan Kulit
 
Adalah penting untuk anda melindungi parut anda daripada menjadi lebih teruk. Jadi, anda perlu mengikuti rutin penjagaan kulit yang teratus. Jangan melangkah keluar di bawah terik matahari tanpa menggunakan pelindung matahari ataupun sunscreen. Setiap malam sebelum tidur, cuci muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda dan sapukan krim pemulihan semalaman.

2. Aloe Vera Gel dan Minyak Tea Tree
 
Bersihkan parut anda dengan sabun secara lembut dan air, dan sapukan sama ada gel Aloe Vera atau minyak tea tree di atas parut anda. Anda boleh basuh selepas 15 minit atau lebih. Buat ini dari semasa ke semasa, anda akan melihat perbezaan.

3. Timun dan Bawang
 
Jus timun juga boleh membantu parut cepat sembuh. Ekstrak jus daripada timun masak dan sapukan ke seluruh muka anda. Biarkan untuk beberapa ketika dan basuh muka anda. Anda juga boleh menggunakan puri bawang sebagai teknik penyembuhan parut dengan cepat. Meletakkan tomato pada kulit anda juga boleh memberikan hasil yang positif.

4. Prosedur Perubatan
 
Terdapat beberapa prosedur perubatan yang boleh membantu menyembuhkan parut. Walau bagaimanapun, ianya mungkin  mempunyai beberapa kesan sampingan dan juga mahal. Teknik laser, dermabrasion dan needling adalah beberapa teknik yang amat popular untuk menyembuhkan parut.

5. Minyak

Anda juga boleh menggunakan pelbagai minyak untuk merawat parut anda dengan berkesan. Minyak Calophyllum inophyllum , minyak Rose Hip dan minyak Emu boleh membantu menyembuhkan parut anda dengan cepat. Selain itu juga, minyak zaitun boleh membantu anda mengurangkan kesan parut ketara.

6. Ais
 
Selain itu, menggosok kulit anda dengan ketulan ais sekali sehari boleh membantu anda menyembuhkan parut juga. Apabila ada masa terluang, basuh muka dengan air berais. Ia menjadikan kulit anda segar dan bersih.

7. Butter koko
 
Menggunakan lemak koko juga membantu untuk menghilangkan parut anda. Ia juga bertindak pelembap yang hebat.