Friday 20 November 2015

Cara Mengatasi Keputihan & Jenis Keputihan

 


Masalah keputihan merupakan permasalahan yang terdapat pada kebanyakkan kaum wanita. Ironinya kebanyakan wanita tidak mengetahui tentang keputihan dan penyebab keputihan pada wanita itu sendiri dan malah yang menjadikan keputihan sebagai hal yang enteng. Justeru jika tidak ditangani dengan segera, keputihan mengakitkan kemandulan dan kehamilan ektopik (hamil di luar kandungan). Selain itu gejala awal barah rahim biasanya bermula dengan adanya keputihan. Dan tentunya barah pangkal rahim merupakan jenis penyakit yang berbahaya yang jika tidak ditangani dengan segera, akan mengakibatkan kematian. Jadi jangan anggap enteng atau mudah dengan keputihan
 
Jenis Keputihan

Keputihan terbagi kepada dua jenisi iaitu yang bersifat fisiologi dan Patologi.

 


Keputihan Biasa (Fisiologi)

Jenis keputihan ini biasanya sering terjadi saat masa subur. Biasanya masa tersebut sering terdapat lendir yang berlebihan, itu adalah hal normal, dan biasanya tidak menyebabkan rasa gatal serta tidak berbau. Keputihan fisiologis pada wanita hamil tidak mempengaruhi janin secara langsung, karana adanya selaput ketuban yang dapat melindungi janin.

Keputihan fisiologi atau juga banyak disebut keputihan normal memiliki ciri-ciri:

  • Cairan keputihannya tidak pekat
  • Cairan yang keluar berwarna krim
  • Cairan yang keluar tidak berbau
  • Tidak menyebabkan gatal
  • Jumlah cairan yang keluar adalah sedikit

Keputihan Tidak Normal (Patologi)

Keputihan jenis patologi disebut juga sebagai keputihan tidak normal. Jenis keputihan ini sudah termasuk ke dalam jenis penyakit. Keputihan patologis dapat menyebabkan berbagai kesan dan hal ini akan  mengganggu bagi kesihatan wanita pada umumnya dan khususnya kesihatan faraj.

Keputihan patologi  mengakibatkan meningkatnya resiko bayi lahir prematur pada wanita hamil dan bayi pun akan turut terkena infeksi. Bayi yang terkena infeksi virus beresiko mengalami ganngguan pencernaan dan gangguan pernafasan hingga boleh menyebabkan bayi mengalami kematian. Dan bayi yang mengalami infeksi akibat bakteri dapat menyebabkan bayi menjadi buta.

Tanda Keputihan patologi

  • Cairannya pekat
  • Cairan yang keluar memiliki warna putih seperti susu, atau berwarna kuning atau juga hijau
  • Keputihan patologi menyebabkan rasa gatal
  • Cairan yang keluar memiliki bau yang tidak sedap
  • Biasanya keluar dengan banyak dan melekat di seluar dalam
  • Jumlah cairan yang keluar sangat banyak.

Keburukan Keputihan


Ramai wanita beranggapan keputihan ini adalah sesuatu yang normal bagi wanita. Tetapi secara kita tidak sedar, penyakit ini telah membelenggu ramai wanita. Di antara keburukan keputihan ini ialah:
 
1. Mengganggu keharmonian rumahtangga. Masalah keputihan tidak menjejaskan kesuburan seseorang wanita tetapi jika keputihan itu menjadi serius, hubungan seksual antara suami isteri akan terjejas. Lelehan keputihan yang teruk dan bau yang tidak menyenangkan akan mengendurkan nafsu suami untuk bersama. Radang pada faraj juga menyebabkan isteri merasa sakit dan tidak selesa bila bersama suami. 

2. Jangkitan kepada bayi di dalam kandungan. Wanita mengandung adalah di antara mereka yang senang diserang oleh masalah keputihan. Ketika hamil, hormon estrogen akan menyebabkan faraj mengeluarkan lebih banyak glycogen. Ini meyebabkan kulat lebih mudah membiak kerana dinding faraj lebih lembab. Secara purata, kira-kira 80% wanita hamil mengalami masalah ini.
 

Petua Merawat Keputihan

Pilihan 1:

Bahan-bahan:

• Suku gelas daun misai kucing
• 2 batang tapak sulaiman
• suku gengam daun inai
• satu jari akar kunci kucing
• 3 jari gula enau
• 4 gelas air


Cara Membuatnya:

Bahan-bahan ini dirajang dan direbus sehingga air menjadi ¾ suku jumlah asal. Minum 3 kali sehari


Pilihan 2: Ambil 2 biji delima putih yang masih muda, ditumbuk halus. Campurkan segengam daun delima putiih. Bahan-bahan ini direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal satu gelas air. Minumlah air rebusan ini selama 7 hari berturut-turut. Jangan makan daging kambing, nanas, air kelapa dan ikan laut.

Pilihan 3: Pucuk kaduk selain dibuat ulam yang menyelerakan samada dimakan mentah atau dicelur, daun yang tua direbus, sejukan dan dibuat air basuhan selepas membuang air kecil atau selepas habis haid. Khasiatnya ialah dapat menjadikan awet muda, mengurangkn keputihan, menghilangkan gatal dan kerengsaan pada bahagian sulit.

Pilihan 4: Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya dan cuci bersih. Kemudian direbus di dalam periuk. Setelah mendidih campurkan sedikit garam dan biarkan suam. Kemudian ambil air rebusan yang suam tersebut dan cuci kemaluan. Lakukan 3 kali seminggu.