
Sebahagian wanita mengalami kesakitan
senggugut ketika datang bulan atau haid. Untuk mengatasi masalah ini,
anda boleh mencuba petua di bawah:
Petua 1
Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar
tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus.
Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum
selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.
Petua 2
Ambil segenggam halia, tumbuk hingga
lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum
air tadi didahulukan dengan selawat.
Petua 3
Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
Petua 4
Campurkan serbuk halia atau halia yang
ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara
kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan
tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.
Petua 5
Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.