Monday 30 November 2015

Cara Mengecilkan Punggung Lebar & Besar Dengan Cepat!

 


Cara Mengecilkan Punggung

 

Jika anda baru bersalin dan mahu mengembalikan bentuk badan anda seperti sebelumnya, terdapat pelbagai cara yang anda boleh lakukan. Jika anda bukan seorang ibu, mungkin risau dan stress dengan kata-kata orang lain yang mengatakan punggung kita besar dan lebar. Kadang-kadang, keyakinan diri juga merudum hingga pada tahap terendah. Betul atau tidak?

Semua wanita mahu kelihatan cantik dan menjaga penampilan terutama untuk suami tercinta. Jika belum bersuami, tentu sekali untuk tampak lebih menarik dan menaikkan rasa confident pada diri sendiri.

Namun, ramai yang berasa amat sukar untuk mengekalkan kecantikan terutamanya di bahagian punggung kerana ia adalah di antara bahagian yang paling sukar untuk ‘dikuruskan’, tidak seperti perut atau lengan. Mengecilkan punggung, tidak sama prosesnya dengan cara mengecilkan perut.
Pada kali ini, kita akan melihat pelbagai cara mengecilkan punggung yang berkesan.

 

1. Senaman kardio

 

Pertama sekali, anda boleh cuba lakukan senaman berbentuk kardio. Lebih sesuai dilakukan di luar rumah dan gimnasium. Ia juga dikenali sebagai senaman aerobik atau senamrobik yang banyak memerlukan pergerakan badan untuk mengeluarkan peluh. Tetapi bagi mengecilkan punggung, anda perlu menumpukan senaman yang banyak memberikan kesan terhadap kaki dan punggung dengan lebih berkesan. Ia termasuk:

  • Joging naik turun tangga
  • Berlari
  • Menaiki basikal
  • Kickboxing / Muay Thai
Jika anda tidak boleh keluar rumah misalnya, anda boleh cuba naik turun tangga di dalam rumah anda. Jika tidak dapat berbasikal di luar, seeloknya ia digantikan dengan mesin senaman basikal. Asalkan ianya mengeluarkan peluh dan tumpuan diberikan di bahagian kaki dan punggung dan merupakan alternatif yang baik.

Bukan murah untuk menyediakan barang-barang senaman seperti di gimnasium di rumah. Tempat kosong dalam rumah juga belum tentu ada. Maka, jika ada duit lebih, laburkan sedikit wang untuk join mana-mana gym yang kita suka.
Lebih murah dari membeli treadmill yang belum tentu kita guna!

 

2. Senaman dalam rumah

 

Seterusnya anda boleh cuba beberapa cara-cara mengecilkan punggung di dalam rumah anda, dan ianya terbukti berkesan bagi mengecilkan punggung.

  1.   Rapatkan Kaki dan Mencangkung

     

Mula dengan berdiri sambil merapatkan kaki anda kemudian bengkokkan lutut untuk berada pada kedudukan mencangkung. Ulang seberapa banyak kali kerana dengan merapatkan kedua-dua kaki anda, senaman ini akan meningkatkan tekanan pada punggung anda. Jika anda mahu tingkatkan tekanan, boleh gunakan dumbel mengikut berat yang anda mampu.

  1. Berdiri dan Menendang ke Belakang

     

Seterusnya dengan senaman ini, anda perlu berdiri sekurang-kurangnya 1-2 kaki daripada dinding dan sandar badan anda ke dinding sambil meregangkan tangan anda ke hadapan. Gunakan otot punggung untuk angkat sebelah kaki setinggi yang mungkin. Ulang dengan kaki lagi satu sebanyak 10 kali setiap kaki. Anda pasti dapat rasakan otot punggung anda meregang dengan cepatnya.

  1. Naik Turun Tangga Setempat

     

Selain daripada jogging naik turun tangga, senaman ini boleh dilakukan sambil menonton televisyen misalnya. Letakkan tangga kecil di hadapan anda dan mulakan dengan menaiki tangga dengan menggunakan kaki kanan anda terlebih dahulu. Kemudian angkat kaki kiri sehingga seluruh badan anda di atas tangga tersebut. Ulang sebanyak 10 kali dan kemudian tukar kaki kiri pula yang akan mula naik ke atas tangga. Ia boleh dilakukan seberapa banyak kali dan sekerap yang mungkin.
Segan sebenarnya untuk meletakkan gambar di sini. Maka, lebih baik lihat sendiri video di YouTube ini yang menerangkan beberapa senaman yang menunjukkan cara mengecilkan punggung. Mungkin ada yang sama, ada yang tidak sama.






3. Kawal pemakanan

 

Cara mengecilkan punggung bukan hanya pada senaman sahaja. Selain daripada bersenam, pemakanan anda juga perlu dikawal. Walaupun tidak ada sebarang makanan yang boleh mengecilkan punggung secara khusus, tetapi dengan mengambil pemakanan yang seimbang, ia boleh membantu kesihatan anda secara menyeluruh dan mengurangkan berat badan.

Anda boleh mula dengan mengurangkan pengambilan kalori serta memilih makanan seperti daging tanpa lemak, makanan yang tinggi dengan serat dan buah-buahan serta sayuran-sayuran. Ini dapat mengekalkan bentuk badan yang sihat.

Sesetengah makanan juga dapat meningkatkan metabolisme yang sedikit sebanyak dapat membantu di samping senaman dan pemakanan yang sihat tadi. Sebagai contoh, anda boleh cuba minum air teh hijau tanpa tambahan gula. Seterusnya minum jus buah tanpa ais mahupun gula. Dan terakhir sekali, gantikan daging dengan produk yang diperbuat daripada soya yang boleh membantu meningkatkan metabolisme sekaligus memudahkan anda mengurangkan berat badan.

 

4. Dapatkan nasihat doktor

 

Tetapi perlu diingat, sebelum memulakan apa-apa aktitivi pun, sila dapatkan kebenaran daripada doktor. Walaupun hanya cuba mengamalkan cara mengecilkan punggung, amalan yang salah bakal mengundang masalah.
Maklumlah orang yang baru bersalin ini, tidak boleh nak buat semua benda ikut suka hati, perlu dapatkan khidmat nasihat pakar sebelum memulakan sesuatu. Walaupun ada yang bukan lepas bersalin, dapatkan nasihat doktor sebelum lakukan aktiviti senaman yang boleh membahayakan.

Anda juga disyorkan menggunakan produk S Body Cream untuk kuruskan badan. Klik sini untuk maklumat lanjut tentang produk S Body Cream