Monday 2 November 2015

Kemenangan JDT Dalam AFC2015 Diharap Dapat Suntik Semangat Pasukan Bolasepak Negara - MB Johor


JOHOR BAHRU: Kemenangan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) melalui Piala Konfederasi Bolasepak (AFC) selepas menewaskan FC Istiklol malam tadi diharap dapat menyuntik semangat pasukan bola sepak tempatan ke tahap yang lebih membanggakan.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kemenangan itu juga bukan semata-mata untuk rakyat Johor, malah untuk seluruh rakyat Malaysia.

"Saya mengucapkan tahniah kepada pemain serta semua yang berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan kejayaan yang cukup bermakna ini.

"Semoga kemenangan ini dapat menyuntik semangat baru kepada pasukan JDT untuk mencipta lebih banyak kejayaan di masa akan datang.

"Ia juga dapat menjadi pendorong kepada pasukan bolasepak tempatan untuk mengorak langkah ke arah mencipta kejayaan yang sama," katanya.