Mungkin di antara kita yang kerap
melakukan onani dan tidak pernah mengambil tahu kesan dan bahayanya
perbuatan onani. Ramai yang sedar dan mulai google di internet bahaya
dan kesan onani kepada seseorang. Anda boleh baca artikel berkaitan
iaitu bahayanya onani di bawah.
Kesan Onani adalah persoalan yang sering
diajukan kebelakangan ini.Kali ini saya ingin berkongsi satu artikel
mengenai bahaya onani oleh Dr Ismail Thambi. Menurut beliau, kesan
jangka panjang onani boleh menyebabkan zakar menjadi layu, lembik, gagal
untuk bertahan lama dan mungkin boleh menyebabkan kemandulan.BERONANI
sudah menjadi seperti masalah lazim yang dihadapi lelaki kerana banyak
soalan diajukan berkaitan ruangan ini. Berikutan itu saya gabungkan
beberapa masalah yang kebanyakannya berkaitan ‘ketagih onani’ untuk
renungan bersama.
Sebenarnya, dalam bidang perubatan
banyak pertikaian mengenai amalan itu, dengan kebanyakan pakar psikologi
berpendapat ia satu cara untuk mengenali diri secara mendalam, terutama
mengenai tindak balas perasaan syahwat dan kemuncak rangsangan
seksual.Bagaimanapun, mereka tidak menjelaskan apa perlu dilakukan
apabila amalan itu bertukar ketagihan kerana saya menerima banyak soalan
daripada mereka yang mengaku ‘penagih onani’.
Masalah itu membabitkan semua peringkat
usia dengan sebahagian besarnya remaja dan bujang, tetapi golongan
berkahwin turut tidak ketinggalan dengan amalan ini, malah ada yang
menyifatkan berasa lebih puas dengan beronani.Anda boleh bayangkan
tekanan yang diberi kepada anggota sulit dan sistem syahwat apabila
beronani. Jika anda melakukan onani secara luar biasa seperti rangsangan
seksual secara kasar dan kuat untuk mengecapi klimaks, mungkin apabila
beristeri, anda mendapati bersetubuh dengannya tidak memberi kepuasan
seperti anda kecapi secara onani.Masalah ini dikenali sebagai ‘Traumatic
Masturbatory Syndrome’. Yang menimbulkan masalah ialah onani
mengakibatkan klimaks anda berlaku dengan cepat, yang jika berterusan
dan diamalkan akan mengakibatkan anda tidak dapat bertahan lama apabila
mengadakan hubungan seksual sebenar.
Ini kerana anggota sulit adalah organ
vaskular dan tidak boleh dirangsang dengan keras. Ia hanya sesuai untuk
dirangsang melalui salur faraj wanita.
Berkaitan benih dan kesuburan, ia bukan dalam pengaruh onani. Bagi anda yang sihat dan buah zakar berfungsi dengan baik, ia pasti mampu menghasilkan sperma.
Berkaitan benih dan kesuburan, ia bukan dalam pengaruh onani. Bagi anda yang sihat dan buah zakar berfungsi dengan baik, ia pasti mampu menghasilkan sperma.
Sebagai contoh, anda melakukan onani
dalam keadaan tidak terkawal seperti pengaruh alkohol, menyebabkan tidak
tahu atau sedar ketika itu anda meragut atau mencederakan buah
zakar.Anda hanya menyedari selepas beberapa lama yang buah zakar anda
menjadi semakin kecil atau bengkak, dan jika kilang sperma terjejas,
anda menjadi mandul.Sudah tentu perkara yang menyeronokkan sukar
dihentikan, kecuali berlaku perkara memudaratkan seperti keradangan buah
zakar dan kebengkakan zakar.