
Seperti juga kaum lelaki yang
menghadapai masalah impotensi wanita juga mengalami yang seumpama
sedemikian yang dikenali sebagai frigiditi atau nafsu seks dingin. Kalau
impotensi pada pihak lelaki merupakan musibah seks mereka begitu pula
frigiditi pada kaum wanita merupakan musibah seks kaum hawa. Frigiditi
adalah sesuatu keadaan di mana seorang wanita bersikap dingin dan tak
acuh terhadap hubungan seks.
Keperluan zahir isteri bukan menjadi
persoalan bila suami dapat memberi perbelanjaan yang cukup. Akan tetapi
persoalannya merupakan aspek batiniah isteri. Mengapa demikian?
Ketahuilah bahawa keperluan batiniah ini merupakan keperluan seks dan
isteri memainkan peranan penting sebagai faktor yang mempengaruhinya.
Seorang suami perlu menyalurkan libido
seksnya dengan wajar dan tenang. Sebab itulah lelaki mengikatkan diri
hidup dalam perkahwinan dan dengan itu mahu menaanggung risiko menyara
kesemua keperluan isterinya. Sebagai imbalannya, pihak isteri patutlah
melayani dan berusaha memberi keperluan seks kepada suaminya dengan baik
dan memuaskan. Ini merupakan tugasnya dan dia tidak patut
mengabaikannnya.
Timbul pula tanda tanya samaada tugas
itu dapat dilaksanakan bila seorang isteri itu frigid atau nafsu seknya
dingin. Seorang wanita yang frigid dia tentu tidak dapat melaksanakan
tugas seksnya dengan baik. Bahkan dia menganggap hubungan seks sebagai
jijik dan tidak menyelerakan lantas tidak dapat melaksanakan tugasnya
dengan baik. Bahkan dia menganggap hubungan seks sebagai perkara yang
memuakkan dirinya.. Dia tidak boleh menikmati hubungan seks dan tidak
dapat menghargai belaian dan pujuk rayu suaminya. Dia juga tidak mampu
mencapai orgasme. Tegasnya kehidupan seknya sudah menjadi tidak normal
seperti orang lain. Dia mengalami masalah frigiditi.
Menurut bentuk dan sifatnya frigiditi
pada wanita itu ada dua kemungkinan. Pertama, frigiditi sementara
sedangkan yang kemungkinan kedua frigiditinya bersifat mutlak. Frigiditi
mutlak jarang sekali berlaku. Jenis ini merupakan yang lumrah menimpa
para wanita. Frigiditi ini bersifat sementara.
Untuk lebih mengetahui masalah frigiditi
ini kita perlu mengkaji satu per satu kedua bentuk dan sifat frigiditi
itu. Kerana dengan mengetahui selok-belok frigiditi itu, sedikit
sebanyak ia akan membantu pasangan suami-isteri mengatasinya.
Terdapat pelbagai sebab serta bentuk frigiditi sementara iaitu:
I. I. Frigiditi Semu.
Frigiditi semu atau pseudo frigiditi ini
banyak menimpa para wanita kerana mereka belum pernah dirangsang dengan
baik nafsu seksnya.
Jadi, tidak ada sebab utama yang serius.
Mereka tidak sungguh-sungguh frigid, hanya mereka tidak dapat mencapai
orgasme sewaktu bersetubuh.
Untuk mengatasi frigiditi semu mudah,
asal suami pandai melayani perasaan isteri dan melaksanakan peranan
seksnya dengan baik. Suami dalam soal ini mempunyai kewajipan untuk
merangsang isteri sebelum melakukan seks. Cumbu rayu memainkan peranan
yang penting. Kealpaan suami dalam hal ini sudah tentu akan menyebabkan
isterinya merasa semakin dingin untuk mengadakan hubungan seks. Pihak
suami perlu membangkitkan nafsu isteri dengan belaian, ciuman, rayuan
dan kasih sayang. Usahakan pelbagai cara untuk menaikkan ghairah seks
isterinya. Carilah tempat-tempat yang erotis di bahagian tubuhnya.
Kemudian bangkitlah nafsunya melalui tempat-tempat erotisnya. Mulut,
muka, pangkal tengkok, daun telinga, leher, puting buah dada, pinggang,
pangkal peha, tumit atau lain-lain merupakan tempat-tempat yang
mempunyai saraf yang mudah dirangsang. Bila kelihatan kemerah-merahan
pada pipinya bererti ghairah seksnya sudah mulai bangkit. Pada saat
itulah suami harus berusaha meningkatkan ghairahnya sehingga kalau
boleh, mencapai orgasme dalam persetubuhan. Bila sekali ia telah
merasakan nikmat orgasme pastilah kedinginan seksnya akan cair lantaran
keperihatinan suaminya terhadap kehendak seksnya. Ia akan menyambut
dengan hangat setiap kali diajak bersetubuh, bahkan lebih agresif
daripada sebelumnya sewaktu mengalami frigiditi semu. Demikian
seterusnya sehingga fenomena frigiditi semu itu akan pupus langsung.
Jadi di dalam usaha menyembuhkan wanita
yang mengalami frigiditi semu ini suami perlu mengamalkan kaedah Nabi s.
a. w. iaitu didahului dengan ciuman dan rayuan terlebih dahulu. Ia
merupakan petua yang sangat mujarab.
II. II. Frigiditi Sepintas Lalu.
Frigiditi ini umumnya berpunca dari
gangguan jiwa disebabkan perilaku suami yang tidak perihatin. Wanita
yang sedemikian biasanya mempunyai keinginan seks yang sedang walaupun
sudah dibangkitkan keghairahannya. Akan tetapi di lain waktu ghairahnya
akan padam kembali. Dia boleh mencapai orgasme pada tingkat yang rendah
dan lemah. Malahan kadang-kadang dia sama sekali tidak dapat merasakan
orgasme. Sebagaimana yang telah diperkatakan frigiditi jenis ini terjadi
kerana perilaku suami. Suaminya memuakkan perasaannya menurut
penilaiannya, sehingga ia menjadi tertekan jiwa dan mentalnya. Walaupun
demikian ada sebab-sebab lain yang juga boleh menyebabkan frigiditi
jenis ini. Kehidupan yang terlalu aktif dan memerlukan tenaga yang
banyak; keletihan jasmani dan pekerjaan yang bersifat tekanan yang
tinggi dan yang meletihkan otak. Sebab-sebab tersebut ini merupakan
pengaruh terbesar yang menyumbang kepada keletihan jasmaniah. Keadan
yang demikian boleh diatasi dengan suami meningkatkan jatidirinya supaya
tidak terlalu egoistik dalam pergaulannya hari-hari. Pihak suami perlu
perlu menjaga kesihatan badan/jasmaniah dan mental isterinya. Dia juga
wajib memperlihatkan kasih-sayang secara terang dan menyatakannnya,
seterusnya dia patut mem beri kesenangan hati pada isterinya . Ini akan
membuat isterinya merasa jinak untuk bersenggama . Ini mungkin akan
memulihkan perhubungan seksual mereka. Seperti frigiditi semu, frigiditi
jenis ini memerlukan keperhatinan suaminya terutama terhadap
perasaannya. Pihak suami boleh melegakan isterinya daripada tugas
mencari nafkah dan juga memberi semangat dan dorongan untuk menawan
hatinya kembali kepada suasana kasih-sayang.
III. III. Frigiditi Relatif
Wanita yang mengalami fenomena ini
sebenarnya tidaklah frigid. Hanya mungkin kerana dia merasa tidak sesuai
dengan pasangannya lantas dia merasa dingin setiap kali diajak untuk
bersenggama. Hal ini terjadi disebabkan dia kena kahwin paksa. Pihak
isteri yang didesak mengahwini lelaki yang tidak disetujuinya
menyebabkan dia merasa beci terhadap suaminya. Maka dalam soal ini tidak
ada kaedah perubatan sebagai jalan penyelesaian. Jalan terbaik adalah
untuk suami membebaskan isterinya daripada ikatan perkahwinan. Sekiranya
bekas isteri itu berkahwin dengan jejaka lain yang disenanginya pula,
secara otomatik frigiditinya hilang dengan sendirinya.
IV. IV. Frigiditi Pathologi
Frigiditi seumpama ini dikategorikan
sebagai penyakit dari aspek perubatan. Pesakit frigiditi pathologi
mempunyai keinginan seks yang kuat. Dia boleh melibatkan dirnya secara
aktif dan agresif dalam bercumbu rayu. Namun dia sukar mencapai orgasme.
Kecacatan ini dikenali sebagai anorgasme dalam istilah saintifik..
Setiap kali ia akan mencapai orgasme, tiba-tiba ia lenyap. Pendekata
wanita penghidap fenomena ini tidak pernah mencapai orgasme, kerana
walaupun orgasmenya di ambang waktu pencapaiannya sewaktu coitus, ia
lenyap sebelum ia dapat dicapai. Sebab lain wanita mengalami frigiditi
pathologi ialah kerana sering melakukan masturbasi untuk memenuhi
keperluan seksnya. Ia tidak disalurkan secara coitus yang normal. Cara
mengatasi frigiditi jenis ini agak sukar berbanding dengan yang lain..
Akan tetapi menghentikan hubungan kelamin semasa melakukan usaha rawatan
adalah langkah yang baik dan tepat.
Mengenai frigiditi mutlak atau frigiditi
sejati pula ia juga tetap perlu diketahui, walaupun ini jarang menimpa
kaum wanita terutama di zaman sekarang kerana mereka sudah terdedah
kepada perbincangan terbuka berkenaan seks.
Wanita yang mengalami frigiditi jenis
ini biasanya bertanggapan salah terhadap alat kelaminnya. Seakan-akan
dia kecewa dilahirkan sebagai seorang wanita. Dia menyifatkan
kewanitaannya hina kerana dia tidak mempunyai hak dan pengiktirafan
masyarakat. Ada pula yang beranggapan bahawa hubungan seks adalah
perbuatan haiwan yang tidak patut dilakukan oleh manusia. Anggapan
sedemikian mengakibatkan seorang wanita terlalu apatisi terhadap seks.
Akhirnya ia mengalami frigiditi mutlak.
- Kecurigaan terhadap kaum lelaki. Curiga kerana ketiadaan perasaan cinta terhadap suaminya.
- Takut hamil merupakan sebab seorang wanita takut dan benci bersetubuh.
- Takut mendapat luka pada alat-alat kelamin.
- Adanya kegoncangan mental dan jiwa.
- Perasaan benci terhadap suami.
- Tanggapan negatif mengenai seks.
Semakin banyak kemajuan
dan pandangan dalam permasalahan kehidupan seks, semakin banyak pula
persoalan-persoalan seks timbul di antara suami-isteri. Bila
persoalan-persoalan ini tidak diambil perhatian oleh suami-isteri ia
akan memberi kesan mental terhadap hak dan kewajipan isteri di dalam
hubungan antara mereka berdua. Timbulah kepincangan dari aspeks
komunikasi seks yang tidak sihat yang mengakibatkan isteri menjadi
bersifat acuh tak acuh dalam menangani kehendak suaminya. Masalah
frigiditi dapat diatasi sekiranya suami-isteri ada persefahaman yang
baik bersangkutan masalah peribadi atau masalah rumahtangga.