Memiliki payudara yang anjal dan montok
 adalah idaman setiap wanita. Memang tidak cantik sekiranya payudara 
anda kelihatan kendur dan tidak tegang. Tentu ramai wanita di luar sana 
yang risau dan mencuba pelbagai produk untuk mencantikkan payudara 
anda.Ada juga yang cuba menegangkan payudara dengan petua-petua untuk 
menegangkan payudara secara semuajadi. Tentu seronok dan tersenyum 
sepanjang hari jika si suami memuji-muji akan kecantikkan payudara anda 
bukan.Adakah anda tahu punca-punca kenapa payudara anda menjadi kendur 
dan tidak anjal? Jom baca artikel ini untuk mengetahuinya.
Faktor Payudara Kendur
Melahirkan dan menyusui anak boleh menyebabkan payudara anda mengendur
 ini kerana ukuran payudara akan berkembang seiring usia kehamilan anda 
dan daya tarikan ke bawah boleh menyebabkan kekenduran ini berlaku. 
Atasinya dengan menyusu bayi anda mengikut keperluan bayi anda.Tetapi 
semasa tempoh penyusuan payudara anda akan menjadi besar kerana dipenuhi
 susu.
Tabiat tidur miring juga boleh menyebabkan payudara anda menjadi kendur. Payudara anda tidak mempunyai penyokong sekiranya anda tidur secara miring. Sekiranya anda tidur terlentang payudara anda akan disokong oleh tubuh anda sendiri.
Kekurangan zat pemakanan juga peyumbang kepada masalah ini. Jadi ambillah makanan yang sihat dan mampu membantu mengencangkan otot payudara anda. Kekurangan gizi boleh menyebabkan penyakit seperti tuberkulosis atau kanser payudara. Penghasilan sel yang tidak normal ini akan menyebabkan payudara menjadi kendur, kecil dan turun. Makanan seperti kubis, kacang, tempe, susu dan bawang bagus sebagai sumber zat pemakanan anda.