Pastinya ramai wanita di luar sana tercari-cari dan  menginginkan wajah yang gebu, halus dan nampak berseri. Jika anda mencari petua untuk menggebukan wajah anda, mari kita mencuba petua tradisional ini :
1. Beras pulut digoreng tanpa minyak 
hingga kuning. Kisar hingga halus. Campur beras kisar tadi bersama madu 
dan air perahan limau. Gaul sehingga sebati. Sebelum mengoles campuran 
ini ke wajah anda, basuh muka terlebih dahulu. Biarkan bahan itu di muka
 anda selama 15 minit sebelum mencucinya dengan air suam. Lakukan setiap
 hari dan InsyaAllah muka anda akan semakin gebu.
2. Parut tomato atau epal yang cukup 
masak. Kemudian gosok perlahan-lahan pada wajah dan leher. Biarkan 
selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam. Gelatin pada 
tomato amat sesuai untuk menghilangkan parut.
3. Ambil segelas susu segar, sapu pada 
muka dan gosok hingga rata. Biarkan kering kemudian cucilah dnegan air 
suam. Amalkan dua kali seminggu dan lihatlah hasilnya pada wajah anda 
pada minggu seterusnya.