Air mani ialah campuran cecair dari
pundi prostate,pundi seminal,pundi cowpers,pepundi dalam salur
kencing,cecair dari pundi epidimis dan sperma dari kilang sperma.Ada 10
cara dapat membantu meningkatkan isipadu air mani,antaranya :-
1)Jangan kerap bersetubuh kerana lebih
kerap anda mencapai ejakulasi,isipadu air mani makin berkurangan dan
cair.Jika ejakulasi selang tiga hari,air mani akan lebih mantap.
2)Elak tabiat merokok dan minum minuman
keras.Kedua-dua perkara itu merendahkan tahap hormon testosterone yang
mustahak untuk fungsi optima pundi yang menghasilkan air mani.
3)Lakukan senaman secara berkala,lakukan
senaman kegel atau kemut,iaitu mencengkam otot lantai pelvis dan otot
pembukaan lubang najis dan lubang kencing.
4)Makan makanan berkhasiat yang
mengandungi kurang lemak,tinggi khasiat protein,sayur-sayuran dan
kekacang.Semua itu sesuai untuk kesihatan sperma dan kandungan air
mani.Kurangkan makanan pedas dan berempah.
5)Elakkan buah zakar terdedah kepada
kepanasan.Kepanasan menjejaskan kilang sperma.Pakai seluar dalam longgar
seperti seluar pendek “boxer” dan elak sauna atau merendam badan dalam
air panas terlalu lama.
6)Kurangkan berat badan jika didapati meningkat.Peningkatan lemak perut mengganggu kestabilan hormone testosterone.
7)Belajar mengurus tahap tekanan secara
positif melalui yoga dan bertafakur kerana tekanan memberi kesan
negative kepada kesihatan badan.
8)Dapatkan urutan badan yang menyegarkan
supaya otot selesa dan badan tenang serta mudah berinteraksi secara
seksual dan memberi isipadu air mani yang lebih.
9)Makan makanan tambahan dan herba yang
dapat membantu meningkatkan isipadu air mani dan bilangan sperma seperti
madu,telur ayam kampung dan buah badam.Kekacang juga membantu
meningkatkan sperma,zink dapat memantapkan kilang sperma.Herba tongkat
ali terbukti berkesan dalam meningkatkan hormon testosterone dan DHEA
yangs secara langsung dapat membantu memantapkan pundi serta kilang
sperma.Semua ini boleh didapati di kedai jamu,pasaraya dan farmasi.
10)Lakukan hubungan seksual sebelah pagi
atau petang kerana ketika itu mudah mengalami pemanasan yang dapat
membina kecerdasan pundi yang menghasilkan air mani.Jika lakukan seks
sebelah malam,tahap keaktifan badan menurun dan rangsangan kurang,jadi
pengeluaran air mani juga kurang.