Sudah pasti ramai yang google di 
internet cara nak dapatkan anak kemabar. Bukan senang nak dapat anak 
kembar..betul tak? Tapi semua orang yang berkahwin mesti akan ada 
perasaan mahukan anak kembar. Lagi-lagi  jika comel si kembar lelaki dan
 perempuan.. Nanti wife boleh la berehat 3-4 tahun dari mengandung.. 
Saya akan kongsikan petua dan doa- doa untuk mendapatkan anak kembar..
Antara Petua- petua yang boleh diamalkan ialah :
1. Mestilah kita perlu berdoa kepada Allah.. 
Doa untuk mendapatkan anak kembar
i) Surah As-Saaffaat Ayat 120:
Maksudnya : Salam sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun!.
Maksudnya : Salam sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun!.
ii) Surah As-Syura ayat 50:
Maksudnya : Ia mengurniakan mereka kedua-duanya – anak lelaki dan perempuan, dan la juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya mandul. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.
Maksudnya : Ia mengurniakan mereka kedua-duanya – anak lelaki dan perempuan, dan la juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya mandul. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.
2.  Minta doa daripada orang-orang yang soleh.
Firman Allah Taala dalam surah An-Nahl ayat 43:
Maksudnya : “Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.
Maksudnya : “Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.
3. Nazar yang tidak bertentangan dengan syarak.
Firman Allah Taala dalam surah Ali Imran ayat 35:
Maksudnya : (lngatlah) ketika isteri lmran berkata: Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka tenimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Maksudnya : (lngatlah) ketika isteri lmran berkata: Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka tenimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
4) Jangan menzalimi binatang.
Firman Allah Taala dalam surah Ali Imran ayat 36:
Maksudnya : Maka apabila ia 
melahirkannya, berkatalah ia:wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah 
melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah 
anak lelaki), dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya 
itu – dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan 
bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan
 peliharaanMu, demikian fuga zuriat keturunannya, dari godaan Syaitan 
yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)”.
1. Genetik – Jika dalam salasilah 
keluarga anda terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan 
besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian 
mungkin telah diturunkan pada diri anda. Trait yang dimaksudkan ialah 
penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.
2. Umur – Wanita yang berumur 35 hingga 
40an dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak
 kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk
 kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk 
menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses 
tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.
3. Bilangan Anak – Lagi banyak bilangan 
seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau 
untuk melahirkan anak kembar selepas itu.
4. Berat Badan dan Ketinggian – 
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai 
kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.
5. Diet – Pengambilan makanan tertentu 
yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan 
kebarangkalian mendapat anak kembar.
6. Pengambilan Ubat Kesuburan – 
Pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang 
untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi, sekaligus 
meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.
7. Selain berkahwin dengan keturunan 
kembar, sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi 
kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia 
tua, mengandung ketika masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk 
dan sama waktu denganya. Memang boleh terjadi mendapat anak kembar 
tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi, anak 
kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi.
8. Banyakkan makan ubi, kentang dan 
susu. Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan 
mungkin boleh dapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur 
minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak 
kembar itu tinggi. Juga, jika anda amalkan memakan ubi, kentang dan 
susu, ia bukan sahaja baik untuk mendapatkan anak kembar, tetapi juga 
salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama 
berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk mendapatkan anak.