
Kanser payudara adalah pembunuh nombor
satu dikalangan wanita. Statistik menunjukkan kematian yang disebabkan
kanser payudara di kalangan wanita sangat tinggi.
Apakah Itu Kanser Payudara?
Kanser payudara akan terjadi apabila sel
normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan
bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh
darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana
pengumpulan sel tidak normal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh
membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar.
Kanser payudara meyumbangkan peratus
yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara
berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan
penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Sepanjang
hidupn seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara
sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1
dalam 28.
Pengelasan Kanser Payudara
Kanser payudara dapat diklasifikasikan
mengikut beberapa faktor. Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu
punca, lokasi tumor atau tisu punca, jenis tisu atau histologi, gred
tumor, peringkat tumor, kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan
perebakan. Mula-mula sel bertukar struktur tetapi berada di lokasi asal
di dalam duktus atau membran basemen lobul. Kemudian berlaku mitosis
(penduan sel) dan metastasis (perebakan) melalui membran basemen dan
bergerak ke kawasan terpencil di dalam badan.
Tanda dan Gejala Kanser Payudara
Pembentukan gumpulan merupakan tanda
biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul
asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit
payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi
gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang
seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur
limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu
abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk
sebagai “peau d’orange”.
Gumpulan mungkin terjadi di payudara
atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau
pertambahan saiz dan bentuk yang tidak sekata. Kulit payudara mungkin
kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing
ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang
abnormal.Apabila sel kanser merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda
seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning,
gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau
gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum
wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa
sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun atau
sekerap mungkin.
Tahap Kanser Payudara
Untuk mendiagnosis kanser payudara,
pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser
payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan
(proliferasi).
Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat
asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa
kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS
adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara.
Karsinoma duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel
abnormal di dalam duktus payudara.
Peringkat I merujuk kepada kanser
payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2
sentimeter dan belum lagi merebak sepenuhnya. Peringkat II juga merujuk
kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah
antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum
merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus
limfa ketiak.
Peringkat III ialah di mana ukuran
melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke
nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa
ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang
selangka atau tulang dada.
Peringkat IV merujuk kepada situasi di
mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.
Peringkat ini adalah paling bahaya. Kebanyakkan wanita hanya sedar diri
mereka terkena kanser payudara selepas peringkat ke 3 dan 4.
Peringkat-peringkat ini sudah terlalu bahaya untuk dihadapi.
Kaedah Rawatan Kanser Payudara
Rawatan bagi kanser payudara bergantung
kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Terdapat beberapa jenis
rawatan seperti kemoterapi, pembedahan dan homoeopathy (dan lain-lain
rawatan alternatif). Prognosis (ramalan) kanser payudara pada peringkat
awal selalunya adalah baik, tetapi di peringkat akhir, seperti juga
dengan kanser lain adalah tidak baik. Para wanita diminta berhati-hati
dan biasakan diri melakukan pemerikasaan payudara secara sendiri atau ke
klinik berhampiran. Kanser payudara juga boleh kena kepada orang
lelaki.