Friday 27 November 2015

Tips & Rahsia Melembutkan Dan Cerahkan Kulit Muka




Melembutkan dan Mencerahkan Kulit Muka Cara Pantas.

Satu  rahsia akan dikongsi bersama, panduan, kaedah, teknik, bagaimana caranya, tips   pantas dan berkesan atau cara melembutkan kulit muka. Bagi melembutkan kulit muka, baik lelaki mahupun wanita sanggup berbelanja lebih untuk membeli produk mahal dan istimewa untuk melembutkan kulit muka mereka. Sesuatu usaha yang konsisten dan betul harus dilakukan untuk untuk melembutkan kulit muka. Bagi mendapatkan kulit muka yang lembut, halus dan cerah, kita boleh amalkan petua melembutkan kulit muka seperti yang digariskan dibawah.

7 Petua Koleksi Untuk Mendapatkan Kulit Muka Lembut dan Cerah

Tip Petua 1: Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan setiap malam.

Tip Petua 2: Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.

Tip Petua 3: Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.

Tip Petua 4: Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.

Tip Petua 5: Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.

Tip Petua 6: Kisar 5 kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.

Tip Petua 7: Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.
Diatas adalah 7 pilihan panduan, rahsia, teknik, kaedah, bagaimana cara, tips atau petua melembutkan kulit muka. Selain ianya melembutkan kulit muka, ianya juga dapat menghaluskan, mencantikkan dan mencerahkan kulit muka.

Selamat Mencuba & Semoga anda berjaya.