Friday, 4 December 2015

10 Cara Menghilangkan Stress Yang Jarang Kita Dengar

 


Bila stress, rasa macam nak tumbuk muka orang kan? Tak pun, rasa macam nak menjerit sepuas hati. Tapi harapan tetap harapan. Hajat di hati memang rasa nak tumbuk dan belasah orang, tetapi mana mungkin ia berlaku.


Biasalah, setiap hari kita akan mengalami tahap kebimbangan yang tinggi. Dengan beban GST yang membelenggu perbelanjaan harian, masalah rumah tangga dan masalah kerja, semuanya memberikan impak kepada kehidupan anda.


Menghabiskan kerja yang tertangguh dan menguruskan keluarga terasa bagai tugasan yang sangat berat. Walaupun semua orang tahu bahawa tekanan adalah sesuatu yang sia-sia dan tidak produktif, anda tetap merasa bimbang mengenai perkara yang anda tidak boleh ubah.


Walau bagaimanapun, ini adalah satu kesilapan besar. Apabila anda tertekan, anda tenggelam dalam pemikiran negatif dan anda tidak dapat memberi tumpuan kepada perkara yang baik dan lambat laun anda akhirnya merasa lemah dan sakit-sakit.



Cara menghilangkan stress


Bagaimana jika saya memberitahu anda terdapat 10 cara anda boleh mengurangkan tekanan tersebut? Ada beberapa cara mudah dan unik untuk menghilangkan tekanan.



1. Melukis menggunakan jari



Ekspresikan diri anda melalui apa jua jenis seni adalah satu bentuk pembebasan. Lebih khusus lagi, lukisan menggunakan jari membolehkan anda untuk menjadi lebih kreatif tanpa apa-apa sekatan dengan harapan supaya anda dapat bereksperimen dengan cat jari dalam apa-apa cara yang anda mahu seperti kanak-kanak lakukan.


Jika tidak, gunakan krayon atau apa-apa sahaja. Lukiskan perasaan anda pada kanvas dan lihatlah hasilnya. Marah? Penat? Terbelenggu? Semuanya ada di depan mata.



2. Urutan pada telinga
 



 

Anda mungkin ketawa mendengar hal ini, tetapi mengurut telinga sebenarnya adalah cara melegakan tekanan yang sangat baik. Ini akan membebaskan endorfin dalam otak dan membuatkan anda berasa lebih tenang. Cara untuk melakukannya adlah dengan menggosok kawasan luar telinga dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit kawasan tersebut ke atas dan kemudian kawasan pada belakang telinga.



3. Telefon ibu anda
 



 

Jika anda dan ibu anda masih mempunyai hubungan yang baik, anda boleh menghubungi beliau untuk membantu anda mengurangkan tekanan. Selepas memeriksa bagaimana perempuan muda bertindak balas di bawah keadaan tertekan, saintis mendapati bahawa mendengar suara ibu mereka mengurangkan hormon tekanan dan meningkatkan hormon oxytocin yang menyumbang pada rasa tenang.



4. Menghidu epal



Walaupun berbunyi sangat pelik, menghidu epal atau mana-mana buah-buahan sitrus yang lain boleh mengurangkan sakit kepala dan melegakan tekanan. Kajian menunjukkan bahawa penghidap migrain kronik yang menghidu aroma epal hijau melaporkan bahawa kesakitan mereka berkurangan.



5. Beri ganjaran pada diri anda
 



Walaupun anda merasa diri anda tidak melakukan sesuatu perkara yang besar hari ini, jangan lupa berikan ganjaran pada diri anda. Terutamanya apabila anda merasa putus asa atau merasa tekanan yang sangat teruk. Tidak kira betapa kecil mahupun besar pencapaian anda, adalah berbaloi untuk ingatkan diri anda kerja yang hebat yang anda lakukan pada hari ini.

Bukankah makan aiskrim juga satu ganjaran? Sama juga dengan membeli handbag baru?



6. Lihat keindahan alam



Kajian menunjukkan dengan melihat alam, dapat menenangkan minda. Anda boleh melihat lautan ombak, titisan hujan atau apa sahaja yang akan menyumbang kepada ketenangan minda. Lihatlah alam lebih kurang 20 minit setiap hari dan anda akan mula merasa perbezaannya.


Jika berada di hutan konkrit, lihatlah kawasan hijau di luar pejabat. Keluar sebentar untuk melihat alam semulajadi.


Bercutilah jika ada bajet, tidak perlu mahal-mahal.



7. Letupkan belon


 

Apabila anda merasa tertekan, anda cenderung untuk mengambil nafas yang lebih pendek daripada biasa. Dalam usaha untuk membantu anda berehat, cuba meletupkan belon. Ini akan membolehkan anda kembali bernafas pada kadar biasa dan anda boleh menghela nafas yang lebih mendalam dan panjang. Selain itu, ia akan berehat otot anda dan mengurangkan kadar denyutan jantung.



8. Letakkan pokok di atas meja anda



Tumbuhan boleh menjadi kawan terbaik anda ketika menghadapi krisis. Dengan meletakkan pokok di atas meja anda atau rumah telah terbukti secara saintifik memberi manfaat kepada kesihatan anda. Bukan sahaja menjadikan persekitaran lebih cantik, malah dapat mengurangkan tekanan dan merendahkan tekanan darah.



9. Makan makanan yang dapat menghilangkan tekanan



 

Mungkin ada dia antara anda yang tidak tahu kewujudan makanan yang dapat menghilangkan tekanan.


Cuba ambil asparagus, avokado, telur, ikan salmon, susu, badam, buah oren, bayam, labu, mangga, dark chocolate dan oatmeal. Kebanyakan makanan ini memberikan anda vitamin yang berguna dan protein, omega-3, vitamin C, B2 dan E dan boleh memberikan kesan yang menenangkan.



10. Solat



Semua orang tahu, solat itu menenangkan. Tapi berapa ramai yang betul-betul solat kalau dalam keadaan stress?

Kalau sampai pejabat di pagi hari, cuba solat dhuha dahulu. Selesai solat dhuha, baru sambung buat kerja. Jadikan ia satu kebiasaan.

Jika waktu malam, cuba amalkan solat tahajjud tatkala semua orang sedang tidur. Berkomunikasilah dengan Allah, curahkan apa yang ada dalam hati anda.



Akhir kata



Seperti yang dapat anda lihat terdapat pelbagai cara untuk melegakan tekanan. Jika tekanan sering berlaku kepada anda, anda boleh mencuba mana-mana teknik ini untuk memastikan bahawa anda menikmati kehidupan yang ceria serta bebas dari tekanan!