
Ramai mengatakan sesetengah wanita yang
lembut sifatnya dan ayu perwatakannya amat mudah untuk jatuh cinta.
Mengapa? Adakah hati mereka mudah terusik atau mereka ini mudah
didekati? Terdapat beberapa ciri perwatakan lelaki yang membaut wanita
jatuh hati padanya, antaranya:
1.Biasanya wanita amat mudah terpesona
dan jatuh hati pada lelaki yang pandai berkomunikasi. Lelaki yang sweet
talker ni amat disenangi wanita dan amat menghiburkan terutama wanita
yang kebetulan di dalam kesepian atau kekecewaan. Maka jangan hairan
dalam beberapa ketika saja wanita terus jatuh cinta kepada lelaki yang
sebegini.
2.Berwajah maskulin. Wanita memang suka
lelaki maskulin, tegas dan tegap. Jangan hairan kenapa wanita lebih
tertarik kepada lelaki seperti awal ashaari atau jehan miskin(contoh)
berbanding lelaki yang kacak, putih dan tanpa bulu(err maksud Kasih Suci
bersih tanpa misai dan janggut)
3.Giler-giler-perangai giler-giler dan
suka melawak amat disenangi oleh kaum wanita. Wanita lebih mudah
tertarik kepada lelaki jenis sebegini. Jangan anggap mustahil memikat
wanita yang cantik hanya kerana paras rupa kurang menarik. Wanita akan
jatuh cinta kepada lelaki yang buat mereka rasa selesa bukan hanya pada
paras rupa sahaja.
4.Ambil berat- Berhati-hati jika kamu
jenis yang prihatin dan tidak punya perasaan terhadap mereka. Wanita
sangat mudah merasa sayang kepada lelaki yang mengambil berat tentang
diri mereka. Pada mereka jika lelaki itu amat mengambil berat tentang
mereka bermakna lelaki itu punya perasaan terhadap mereka.
5.Kesunyian-Faktor kesunyian juga
memainkan peranan. Kadang kala kesunyian hati buat wanita mudah membuka
ruang menerima lelaki yang suka mengisi kekosongan hati mereka .
6.Kisah silam- Kisah silam yang
memeritkan kadang kala jadi punca mengapa wanita mudah jatuh cinta lagi.
Mereka ingin mencari kedamaian dan mengejar kebahagiaan. Mereka ingin
segera melupakan kisah lalu yang memeritkan dalam hidup mereka.
7.Kewangan-Faktor kewangan yang kukuh
juga buat wanita yang tidak berapa baik mudah tertarik. Berhati-hati
wahai lelaki di luar sana yang mempunyai kewangan yang kukuh kerana kamu
mungkin mudah dipancing oleh wanita yang mungkin akan mengambil
kesempatan atas kelebihan kamu itu.
8.Faktor umur- Lelaki yang lebih berumur
mudah buat wanita muda terpikat kerana wanita inginkan lebih perhatian.
Lelaki berumur selalunya lebih sabar melayan kerenah wanita muda yang
mudah merajuk dan merengek tak tentu pasal berbanding dengan lelaki
muda.