
Kebanyakkan lelaki sudah berkahwin akan
mengalami perut buncit. Perut buncit mecacatkan keterampilan anda
sebagai lelaki ‘macho’ . Tanya pada diri anda , adakah anda ingin
bergelar lelaki ‘boroi’?, adakah buncit itu sesuai dengan identiti anda
sebagai lelaki ‘macho’?. Terdapat beberapa putua yang boleh diamalkan
untuk mengelakkan perut kelihatan buncit antaranya:
1. Minum air masak yang banyak
Apabila tubuh badan kita menerima sumber
air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam
tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh
badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan
menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan
air berjalan dengan lancar.
2. Makan perlahan-lahan
Ketika menjamah makanan, kita tidak
digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus
dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit.
Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna
dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut
berlaku.
3. Kurangkan garam dalam makanan
Terlalu banyak garam dalam proses diet
akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan
mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan
menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk
4. Makan makanan yang penuh serat
Serat adalah elemen yang penting dalam
piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan,
amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear
dapat membantu dalam proses penjagaan ini.
5. Kesan pengambilan ubat
Terdapat juga kajian yang dilakukan
mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu
punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu
kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti
sembelit.
6. Hindari sembelit
Sembelit berlaku apabila seseorang itu
mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari
tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan
mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul
lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu,
pengambilan serat adalah digalakkan.
7. Lakukan senaman atau bersukan
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu
dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang
bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu
menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh
badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan
seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.