
Saya percaya ramai tercari-cari kaedah
terbaik untuk singkirkan lemak di dalam badan.Pelbagai senaman telah
anda buat tetapi lemak sukar dibuang. Di sini saya senaraikan beberapa
petua yang boleh membantu anda membuang lemak berlebihan di dalam badan
anda
1. Basuh empat potong halia bara,
sedikit jintan manis dan tiga biji lada hitam. Tumbuk kesemua bahan
tersebut sehingga halus. Selepas itu, rendam kesemua bahan tadi dengan
segelas air suam. Biarkan selama 1-2 jam dan kemudian tapiskan. Minum
air tapisan terseut dan amalkan minum ½ gelas pada waktu pagi dan ½
gelas pada waktu petang atau malam sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
2. Basuh sehingga bersih lima biji putik
delima. Kamudian tumbuk lumat. Perah airnya dan minum air perahan putik
delima ini tanpa dicampur dengan bahan lain. Minum pada pagi dan juga
petang. Amalkan setiap hari selama sebulan. Insya-Allah lemak pada badan
anda akan semakin berkurang.
3. Ambil secawan air the yang tidak
dicampur dengan gula. Campurkan air tadi dengan perahan limau nipis.
Minum pada setiap hari. Insya-Allah lemak badan anda akan semakin
berkurangan.