
Mungkin ada di antara anda semua yang gelisah apabila vagina atau faraj
anda agak berbau hanyir. Anda juga yang berbau masam dan sebagainya.
Jadi, di bawah ini terdapat beberapa cara yang boleh dipakai untuk
menghilangkan kesan bau tersebut.
Bagi seorang isteri yang menghadapi
masalah vagina berbau ini mestilah berasa dirinya kurang bebas untuk
menjalinkan hubungan intim bersama pasangannya. Jadi, masalah akan mula
timbul apabila terjadi kegelisahan tersebut.
Antara petua yang boleh di amalkan ialah
1. Basuh tujuh helai daun sirih yang
tua kemudian rebus dengan tujuh gelas air sehingga menggelegak. Bila
sejuk, minum seteguk dua dan selebihnya disimpan untuk dibuat air
basuhan vagina setiap kali selepas membuang air kecil. Anda akan terasa
kesegarannya selepas itu.
2. Tumbuk gula batu sebesar ibu jari
kaki sehingga menjadi serbuk dan masukkan ke dalam cawan. Masukkan air
panas dan perahkan 1/2 biji limau nipis. Kalau sehingga larut serta baca
selawat tiga kali sebelum diminum. Sila amalkan setiap malam agar
vigina anda akan berbau harum sentiasa.