
Bagi masyarakat wanita Melayu, nilai
dara itu amat tinggi bagi mereka hinggakan hilangnya dara sebelum
berkahwin dianggap sebagai satu malapetaka dan besar kemungkinan akan
timbulnya konflik didalam rumah tangga ataupun tidak ada yang mahu
memperisterikannya.
Wanita sangat memandang tinggi nilai dara itu. Ia menunjukkan level
harga diri mereka. (bagi yang belum berkahwin sahaja). Namun begitu
bukan dara sebagai nilai utama kesucian tersebut. Selaput dara boleh
sahaja pecah kerana trauma, ataupun sememangnya dilahirkan tanpanya.
Yang penting adalah kesucian keperibadian wanita itu. Wanita yang tidak
pernah melakukan hubungan seks melainkan dengan suami yang sah adalah
wanita yang baik. Sekiranya tanpa ikatan yang sah telah melakukan
hubungan ini, saya tidak merasakan dia datang dari golongan yang baik.
APAKAH ITU DARA
Dara ataupun hymen merupakan
satu selaput/membran tipis yang menutupi bahagian di dalam vagina.
Membran tipis ini selalunya mempunyai lubang di tengahnya agar darah
haid boleh keluar ataupun dimasuki oleh penis ketika berhubungan seks.
APAKAH ITU PECAH DARA
Istilah pecah dara sering digunakan
oleh masyarakat umum untuk menggambarkan perdarahan vagina yang berlaku
ketika pertama kali wanita melakukan hubungan seks. Seperti gambaran
dara di atas, dara itu mempunyai lubang ditengah-tengahnya. Masukknya
penis ke dalam vagina bukan beerti perlu memecahkan membran dara seperti
menusuk belon melainkan hanya mengoyakkan sedikit bahagian tersebut
untuk memberi laluan kepada penis yang mempunyai diameter lebih besar
dari selaput dara tersebut.
SAKITKAH KETIKA PECAH DARA
Rasa takut sakit sering menghantui
wanita ketika pertama kali mahu melakukan hubungan seks dengan suami.
Sebenarnya pecahnya selaput dara tidak mendatangkan rasa sakit melainkan
hanya darah. Ini kerana selaput dara tidak mempunyai saraf melainkan
saluran darah sahaja. (rasa sakit hanya timbul pada bahagian tubuh yang
mempunyai saraf).
Yang menyebabkan rasa sedikit sakit
itu adalah disebabkan regangan bahagian vagina apabila dimasukkan penis
buat pertama kali. Seperti yang sedia maklum, bagi wanita yang tidak
pernah melakukan hubungan seks, vaginanya tertutup rapat dan hanya
muat-muat untuk diameter penis. Maka apabila penis masuk, sedikit
regangan akan berlaku.
DARA DAH PECAH TETAPI MASIH BELUM PERNAH MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS
Ada kemungkinan untuk selaput dara
koyak tanpa melakukan hubungan seks. Ini mungkin kerana terjadinya
trauma mekanikal terhadap bahagian vagina sehingga ia koyak. Sebagai
contoh terjatuh didalam bilik air lalu bahagian vagina terhantuk ke
mangkuk tandas ataupun tersadung celah kangkang ketika menaiki basikal
dan sebagainya.
APAKAH PERBEZAAN PECAH DARA KERANA HUBUNGAN SEKS ATAU TRAUMA
Terdapat perbezaan diantara koyaknya selaput dara disebabkan oleh penetration penis atau trauma (terhentak, tersadung, telanggar dan sebagainya). Penetration penis selalunya akan menyebabkan selaput dara koyak di bahaian bawahnya, sekitar jam 5 hingga jam 7.
Trauma pula akan menyebabkan selaput
dara koyak dibahagian atasnya sekitar jam 11 hingga jam 2. Ini kerana
posisi selaput dara bahagian atas lebih luar daripada bahagian bawahnya.
Senang cerita, sekiranya vagina terhentak di mangkuk tandas, bahagian
atas akan terhentak terlebih dahulu sebelum bahagian bawahnya. Sebab itu
trauma akan menyebabkan koyak dibahagian atas selaput dara.