
Apabila isteri anda hamil ini tidak
bermakna anda sudah tidak boleh melakukan hubungan seks lagi. Sebaiknya
anda perlu mengetahui beberapa posisi hubungan seks yang terbaik dan
selesa ketika kehamilan kita semakin membesar.
Berikut adalah beberapa posisi hubungan seks terbaik semasa hamil :
Posisi wanita di atas.
Posisi ini adalah paling selesa untuk kebanyakan ibu hamil. Ini kerana
pada kedudukan ini wanita hamil dapat mengawal kedalaman penetrasi.
Posisi duduk. Posisi
ini biasanya popular dikalangan wanita yang berada pada pertengahan
kehamilan kerana ia tidak memerlukan banyak gerakan. Suami duduk dan
isteri duduk diatasnya dalam keadaan saling berdepan. Atau apabila
isteri sudah semakin sarat kedudukan isteri membelakangi suami pula
adalah posisi yang terbaik.Posisi suami berada di atas tetapi hanya berbaring separuh badan.
Posisi berlutut atau berdiri. Yang paling penting dari semua posisi seks semasa hamil tersebut anda
perlu pastikan agar tidak memerikan tekanan atau beban pada perut ibu
hamil.
Kita sedar bahawa hubungan seks
merupakan satu bahagian penting dalam menyatakan perasaan kasih sayang,
rasa aman dan tenang, menimbulkan perasaan kebersamaan dan mendekatkan
perasaan dalam hubungan suami isteri.