Setiap yang hidup, pasti akan mati dan akan pergi mengadap Sang Penciptanya, Allah SWT.
Walau siapa sekalipun, kematian akan mendatangkan rasa sedih, pilu dan sebak dan rasa kehilangan.
Kami kongsikan posting seorang wanita Tun Azah Aziz menerusi Facebooknya, tentang ketiadaan ibunya yang meninggal dunia baru-baru ini.
Bahawa sebagai anak, kita perlu memberikan sebaik-baik penghormatan kepada seorang ibu yang selama ini telah mengandungkan kita, membesarkan, mendidik dan menjaga segalanya demi kehidupan kita.
Walau siapa sekalipun, kematian akan mendatangkan rasa sedih, pilu dan sebak dan rasa kehilangan.
Kami kongsikan posting seorang wanita Tun Azah Aziz menerusi Facebooknya, tentang ketiadaan ibunya yang meninggal dunia baru-baru ini.
Bahawa sebagai anak, kita perlu memberikan sebaik-baik penghormatan kepada seorang ibu yang selama ini telah mengandungkan kita, membesarkan, mendidik dan menjaga segalanya demi kehidupan kita.
"Satu hari nanti ALLaH akan amek mak kita balik.. Waktu tu kita kena
terima.. Dan kita sebagai anak jangan duduk diam je..Memang sedih.. tapi
kena buat sesuatu sebagai penghormatan terakhir utk mak..
Anak-anak perempuan pergi mandikan mayat mak.. Tengok muka mak..
tengok lama-lama.. Ni kali terakhir nak tengok.. Lepas ni cuma dapat
tengok kat gambar je.. Sentuh lembut2 badan mak.. Belai lembut2 badan
mak.. Cakap dalam hati… “Ni la orang yg lahirkan aku.. Yg besarkan
aku.. Mak didik aku sampai aku jadi orang.. Mak ajar aku jadi perempuan
yg baik..Walaupun kadang-kadang aku kecikkan hati mak, tapi mak tak
penah marah aku.. Mak tetap nasihatkan aku.. Lepas ni aku dah takde
mak.. Nanti satu hari aku pulak akan jadi mak.. Aku ganti pikul
tanggungjawab sama mcm mak…
Tapi waktu tu mak dah takde.. Aku tak dapat nak manja dgn mak
lagi.. Aku takde tempat nak bercerita.. Sebelum ni apa je rahsia aku
kongsi dgn mak.. Mak… Aku sayang mak.. Camne kalau pasni aku rindu
mak? Camne kalau aku perlukan mak??”Amek peluang terakhir ni.. Usap
rambut mak…mcm mak usap rambut kita.. Cium pipi mak.. mcm mak cium pipi
kita..Tengok mak puas-puas.. Ni last kita dpt tengok muka mak.. Lepas ni
takde peluang lagi dah.. Hati-hati jgn sampai air mata kita kena muka
mak.. Nanti mayat mak sakit.. Sama-sama pakaikan baju baru mak.. Tengok
mak.. Mak cantik tak?
Anak-anak lelaki pulak.. Jangan waktu mak dah siap pakai kain
kafan, kita masih sibuk kat luar rumah lagi.. Masuk rumah.. Renung mayat
mak.. Renung lama-lama.. Ni last kita dapat tengok mak.. Ni la kali
terakhir.. Waktu ni kita dah tak dapat nak cium tangan mak lagi dah.Kita
cuma dpt cium pipi mak sekejap..Ni la last kita dpt cium..
Mak wangi sangat.. Lepas ni kita takde peluang lagi nak cium
mak.. Cakap dalam hati.. “Aku jahat mcm mana pun mak tak penah buang
aku.. Aku degil mcm mana pun, mak tak penah tak bagi aku makan..Pada
mak, aku tetap anak dia..Dulu mak tadah muntah aku.. Mak cebokkan taik
aku.. Mak dukung aku.. mak suap aku makan.. Mak marah aku sebab aku
nakal.. Tapi mak tak penah benci aku.. Lepas ni aku tak dapat cium mak
dah.. Aku tak dapat baring atas riba mak lagi dah.. Kalau dulu bila aku
makan, mak tunggu temankan aku kat meja.. Mak tengok anak dia ni makan
berselera.. Lepas ni aku tak dapat rasa lagi masakan mak..
Mak.. mana anak mak ni nak cari ganti?Mak… mak dah ampunkan dosa2 aku
ke, mak???”Bila nak sembayangkan mayat mak, kalau takleh jadi imam,
jadi makmum je.. Cepat2 diri kat belakang imam.. Dulu mak selalu suruh
kita semayang.. Arini kita semayangkan mayat mak..
Bila mayat mak nak keluar rumah, epat-cepat kita pegang keranda
mak.. Biar kita pikul.. kalau boleh semua adik beradik lelaki yg
pikul.. Jangan bagi org lain.. Ni mak kita.. Dulu dia yg dukung
kita.. Dia yg bawak kita dlm perut dia.. Takkan mayat dia kita tanak
pikul? Waktu jalan bawak mayat mak ke kubur tu, ingat balik waktu mak
pegang tangan kita.. Waktu kita baru pandai jalan..Mak langsung tak bagi
kita jatuh.. Skrg kita nak hantar mak pegi jauh.. Sampai kat kubur,
jangan bagi org lain sambut mayat mak..
Adik beradik lelaki semua terjun dlm liang.. Sambut mayat mak.. Biar
kita yg bukak ikatan kafan tu.. Biar kita pusingkan mayat mak mengadap
kiblat.. Biar kita yg letak bantal tanah kat belakang badan mak.. Dulu
mak pastikan kita tidur ada bantal.. Ada selimut… jgn sampai kena gigit
nyamuk.. Jgn sampai kita sejuk..
Ni
kita last dapat tengok mak.. Lepas ni takde dah.. Waktu ni kalau kita
ada dosa dgn mak, dah terlambat nak mintak ampun dah.. Biarlah kita yg
uruskan mayat mak… Bukan org lain.. Cakap dlm hati.. “Mak.. ni last aku
dapat tengok mak.. Ni last aku dapat pegang mak.. Lepas ni aku tak dapat
tengok mak lagi.. Aku tak dapat pegang mak lagi.. Aku tinggalkan mak
kat sini.. Mak tunggu aku eh.. Sampai masa nanti aku akan jumpa mak kat
sini.. Sementara ni mak duduk kat sini.. Aku pulangkan mak kat
Tuhan.. Nanti aku doa utk mak.. aku hantar sedekah utk mak.. Mak jangan
risau..