Sunday 1 November 2015

Subsidi Beras Super Tempatan 15 Peratus Hancur Dimasuhkan - MAO


KUALA LUMPUR - Program subsidi beras Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) dimansuhkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MAO) berikutan banyak masalah ketirisan berkaitannya.

Menurut Setiausaha Bahagian Industri Padi dan Beras MOA, Samsuddin Ismail, kajian mendapati antara masalah yang berlaku adalah beras yang sepatutnya dikeluarkan untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah boleh dibeli oleh bukan warganegara.
 
"Ada juga laporan mendapati terdapat tempat yang tidak mendapat bekalan mencukupi manakala ada tempat yang mempunyai bekalan berlebihan," katanya.

Tambahnya lagi, walaupun pelbagai tindakan; seperti menghentikan lesen peihak yang terbabit; telah pun diambil, masalah itu tetap timbul.
 
"Sejak dua bulan lalu, kami telah mencari jalan terbaik bagi memikirkan mekanisme baru yang akan memastikan bantuan yang diberikan lebih menepati golongan sasaran dan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat termiskin," katanya memetik laporan Bernama.

Menurut Samsuddin, pengagihan beras ST15 adalah program sementara untuk golongan termiskin membeli beras pada harga yang paling rendah.