Monday 2 November 2015

9 Sifat Lelaki Sebenar Yang Membuatkan Wanita Cair


Dalam dunia yang dipenuhi perhubungan sementara, kecurangan, dan mentaliti “Touch n Go”, adalah mudah untuk menjadi keras hati terhadap kaedah dan suasana percintaan kini.

Sebagai wanita, kita kena bersedia untuk menghadapi yang terburuk, meneruskan dengan sifat berjaga-jaga yang tinggi dalam beberapa bulan pertama, kerana gusar menjadi mangsa keadaan dan tipu muslihat yang sering dilaksanakan lelaki. Semestinya, lelaki memang ada banyak rahsia. Kena pandai korek, baru boleh dapat tahu!

Sifat lelaki yang disukai wanita

Tips romantik suami isteri

Adalah satu kelegaan apabila kita menemui beberapa lelaki sebenar. Mereka memaparkan sifat yang penuh hormat dan berhemah, biarpun dengan cara kecil-kecilan, dan mengingatkan kita bahawa masih ada lagi yang baik di luar sana.

Kadang kala, seorang wanita hanya memerlukan sedikit keikhlasan dan dilayan dengan tarikan romantis yang asli, bukannya pertunjukan besar-besaran mahupun mahal.

Berbanding pendapat umum, masih sifat lelaki sebenar yang belum terkubur, malah disenaraikan di bawah adalah 9 sifat lelaki sebenar yang terbukti:

1. Tolong bukakan pintu


Seorang lelaki yang mengambil masa untuk membuka pintu kereta untuk anda adalah seseorang yang berharga, terutama pada cuaca yang tidak menentu ini. Adakah anda suka berdiri terbiar di luar kereta oleh pasangan anda? Hargai lelaki yang peduli akan keselesaan anda dahulu, walaupun tindakan ini hanya untuk beberapa saat.

2. Memberikan anda kepingan terakhir makanannya


Mereka kata cara terbaik ke hati seorang lelaki adalah melalui perutnya. Maka, apabila dia menyimpan kepingan terakhir untuk anda, dia sedang memaklumkan bahawa dia menyukai anda lebih berbanding makanan dihadapannya itu.Anda rasa apa maknanya itu?

3. Meluangkan masa bersama keluarga anda

Seorang lelaki yang menunjukkan minat akan gambar-gambar anda semasa bayi, membantu mengajar adik anda bermain bola dan memuji masakan ibu anda adalah seorang lelaki yang mahu berada di sisi anda untuk jangka masa lama. Ini merupakan tindakan-tindakan kecil, tetapi mengutarakan sesuatu yang besar akan niatnya.

4. Sanggup menonton kisah yang tidak dia gemari

Apabila seorang lelaki secara sukarela menonton cerita ‘perempuan’kerana anda menginginkannya, dia layak mendapat ‘mata tambahan’. Lebih-lebih lagi jika dia lakukannya tanpa mengeluh atau mengharap pulangan.

5. Menghantar bunga

Saya bukan bercakap mengenai jambakan bunga berharga RM100 yang anda terima waktu Hari kekasih. Saya bercakap mengenai jambakan bunga yang dia hadiahkan secara tiba-tiba dan spontan, sesuatu yang dia pilih apabila terfikirkan anda. Sesuatu mengenai mendapat bunga secara tiba-tiba yang akan membuatkan seorang wanita tersenyum.

6. Berjalan pada bahagian luar lorong pejalan kaki

Pertama kali seseorang melakukannya, anda pasti berasa keliru. Namun lama-kelamaan anda mula berfikir, kenapa lelaki lain dalam hidup anda tidak pernah melakukan perkara ini, yang membuatkan anda rasa dilindungi apabila dia menjaga anda daripada bahaya berjalan kaki dengan berjalan di bahagian luar. Ia bukan satu kemestian, tetapi indah untuk dialami.

7. Mencium dahi anda

Ini hanya untuk yang sudah sah berkahwin sahaja. Jika masih lagi dalam proses kenal-kenal, jangan cuba-cuba.

Sekiranya pasangan yang sedang anda keluar bersama melakukan ini, anda akan risau bahawa dia menganggap anda sebagai adik sahaja. Namun, jika anda berada dalam hubungan jangka masa panjang dan pasangan anda melakukan ini, ia adalah satu aksi kecil yang boleh membuatkan anda rasa disayangi.

8. Mengisi tangki minyak anda

Aksi ini akan membuatkan anda terkejut pada awalnya. Bukan bermakna anda tidak berkemampuan untuk mengisi sendiri, tetapi ini sebenarnya merupakan petanda lelaki ini telah dididik dengan baik dan memang bersifat sopan. Dia tidak duduk sahaja sementara anda melakukan tugas-tugas begini.

9. Memakaikan anda jaket

Seorang wanita mampu untuk memakai jaket dengan sendirinya, namun ia bukan soal kemampuan. Seorang lelaki yang baik hati akan memakaikan anda jaket anda atau menawarkan jaket mereka, terutama sekali pada waktu sejuk
.
Akhir kata

Sifat lelaki yang disukai wanita

Ini adalah antara perlakuan-perlakuan kecil seorang lelaki menunjukkan mereka peduli, cara yang sama seorang wanita mempunyai naluri untuk menyayangi dan melindungi yang tersayang.

Lelaki beradab belum pupus, ramai lelaki yang masih mampu untuk menjadi lelaki sebenar. Anda hanya perlu belajar mengesan perlakuan-perlakuan kecil ini yang terselindung. Yang penting, jangan sesekali tuduh lelaki curang! Sama-sama kita jaga hati dan perasaan masing-masing.

Semoga berbahagia selamanya.