Sunday 1 November 2015

Bayi Lelaki Diculik di Sentul Ditemui Selamat di Hentian Bas

foto : The Star Online

KUALA LUMPUR, 30 Okt: Seorang bayi lelaki berusia 1 tahun 2 bulan yang diculik di Sentul petang tadi ditemui semula di sebuah hentian bas di Batu 4, Jalan Gombak disini.

Kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Shukur Shahirin diculik di Kampung Bandar Dalam Sentul.

Bayi warga Indonesia bernama Syukur Shahirin itu dilaporkan dilarikan oleh dua lelaki yang menaiki motosikal kira-kira pukul enam petang.

Berdasarkan maklumat daripada ahli keluarga, satu pasukan yang diketuai Ketua Polis Balai Setapak dan dibantu penduduk kampung telah mencari mangsa dan dia selamat ditemukan, dipercayai selepas ditinggalkan suspek,” kata Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif memetik laporan dari Utusan Online.

Jelasnya juga, bayi itu telah dibawa ke balai polis Setapak dan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik. Gerakan mencari suspek sedang dijalankan.