Sunday 1 November 2015

Awie Dakwa Rozana Sengaja 'Menjahanamkan' Kerjaya Seninya


Dikala sedang sibuk melakukan persiapan terakhir menjelang konsert Wings 30 Tahun, Awie diuji dengan tindakan isterinya yang memfailkan permohonan interim nafkah anak-anak.

Awie menyifatkan Rozana Misbun sengaja menjahanamkan kerjayanya untuk memintanya hadir ke mahkamah pada Khamis lalu bagi sebutan pertama kes.

“Pada saya tindakannya secara mengejut menghantar surat tentang prosiding permohonan nafkah interim anak sengaja mahu menggangu perhatian saya terhadap konsert pada Sabtu ini. Dia bukan tidak tahu pada saat ini saya sibuk dengan latihan menjelang konsert yang berbaki dua hari lagi dan ini cubaan dia untuk menjahanamkan saya.

"Jika dia benar-benar ingin mempertahankan hak anak-anak sepatutnya dia hadir ke mahkamah tetapi apa yang saya lihat dia tidak serius dan cuba lari dari kenyataan. Dia tidak ada hati pun sebenarnya hendak mendapatkan anak-anak cuma mahu menggangu karier saya sahaja," katanya memetik Rotikaya.

Terdahulu Awie akan mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan Rozana.

Rozana meminta Awie membayar nafkah bulanan, perayaan, tempat tinggal, persekolahan dan kos pembantu rumah untuk dua anak mereka yang berada di bawah jagaannya.