Sunday, 1 November 2015

Gambar Anjing Selamatkan Bayi Yang Dibuang Masih Bertali Pusat Dapat Perhatian Netizen


OMAN: Menjadi viral di laman sosial di negara Arab berkenaan beberapa keping gambar seekor anjing telah menyelamatkan seorang bayi perempuan baru lahir yang dibuang oleh ibunya.

Memetik laporan alfajertv.com, ini adalah kejadian seumpamanya berlaku di dunia di mana seekor anjing  menyelamatkan seorang bayi menggunakan rahangnya.

Menurut seorang lelaki yang bertanggungjawab memuat naik gambar berkenaan, Elly Baiqtloha berkata, anjing berkenaan telah menggonggong anak kecil yang masih bertali pusat berkenaan dan menuju ke sebuah rumah berhampiran.

Selepas mengambil bayi berkenaan dari anjing tersebut ternyata ia masih hidup dan pemilik rumah terus membawa bayi berkenaan ke Hospital Sohar untuk mendapatkan rawatan.


 Bagi membuktikan kesahihan berita ini kami terjumpa laporan portal berita Emirates247 di mana ia turut melaporkan kejadian berkenaan.

Menurut portal berkenaan, gambar tersebut telah menjadi viral di laman sosial di Arab Saudi beberapa minggu lalu di mana katanya ia mungkin terjadi di dalam salah satu negara "Gulf Kingdom".

Gulf Kingdom terdiri daripada Iran, Iraq, Kuwait, Saudi Arabia, Qatar, Bahrain, United Arab Emirates dan Oman.

Kini gambar berkenaan telah menjadi viral di seluruh dunia di mana netizen tidak putus-putus memuji tindakan anjing itu yang dianggap lebih berperikemanusiaan daripada ibu bayi itu.