Sunday 1 November 2015

Cabaran Untuk Vapers : Boleh Anda Lakukan Apa Yang Vapers ini Lakukan?


Memang tidak dinafikan, tabiat menghisap vape memang sukar untuk dihentikan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah sebati dengan tabiat ini, lagilah sukar untuk membuang kebiasaan itu dari kehidupan sehari-hari.
Tapi tidak bagi seorang pengguna Facebook, Terung Kubis Kangkung, yang mana dapat membuang terus vapornya ke dalam laut sejurus ibunya meminta beliau berhenti dari tabiat tersebut.
Semuanya bermula apabila ibu kepada Terung Kubis Kangkung memberi mesej meminta anaknya berhenti menghisap vape dan berhenti merokok.
 

Menyahut apa yang diminta oleh ibunya, Terung Kubis Kangkung kemudian bertindak membuang kesemua alat vapenya dan juga lighter ke dalam laut.
Detik-detik itu diabadikan oleh beliau di dalam beberapa gambar di status Facebook.
 
 

Terung Kubis Kangkung di dalam posting terbarunya berkata dia memuat naik gambar-gambar tersebut sebagai kenangan sahaja.
Apapun, buat vapers-vapers lain, sanggupkah anda lakukan apa yang brother ni lakukan untuk seorang insan bernama Ibu?