Sunday 1 November 2015

Pesta LAMPU, Putrajaya Bermandikan Cahaya


Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU) 2015 yang bermula sejak semalam hingga Ahad ini telah menyebabkan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya  bermandi cahaya yang sungguh menakjubkan.

Festival yang bermula jam 7.30 malam dan tamat jam 12.00 tengah malam itu berlansung di Dataran Putrajaya, Presint 3 dihadiri oleh ramai orang untuk menyaksikan kemeriahan festival berkenaan.

Festival yang dianjurkan Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan ini menyediakan pertunjukkan "Projection Mapping" di mana lakaran cahaya 3D yang dipancarkan ke bagunan Istana Kehakiman paling manarik tumpuan pengunjung.


Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan serta dihadiri Presiden PPj Datuk Hasim Ismail.

Antara aktiviti lain yang berlangsung sempena LAMPU 2015 adalah persembahan Tron Dance; nyanyian jalanan; permainan pencahayaan kreatif dan beca bercahaya selain pertunjukan wayang kulit serta pertandingan fotografi.


Penganjuran festival itu mirip kepada Festival Cahaya Antarabangsa yang sering dianjurkan bandar raya terkemuka dunia, antaranya Festival Cahaya Lyon, Festival Cahaya Amsterdam, Festival Cahaya Berlin dan festival cahaya terkemuka Eropah, Matters.