Saturday, 28 November 2015

Berak Cangkung Lebih Banyak Kelebihan. Terbukti, Rasulullah SAW Sudah Ajar Lebih 1400 Tahun Lalu

Terbukti, Buang Air Besar atau Berak Cangkung Lebih Banyak Kelebihan. Rasulullah SAW Sudah Ajar Lebih 1400 Tahun Lalu. Video Ini Menceritakan Segalanya.


Apabila masuk tandas, kita digalakkan menutup kepala. Dikatakan syaitan akan buang air besar atas kepala kita. Sunnah buang air besar mengikut sunnah Nabi ialah dengan bercangkung dan mengiring ke kiri dan tangan menekan perut sebelah kiri.

Sunnah Nabi untuk membuang air kecil ialah dengan mengiring ke kanan, punggung kita duduk di atas kaki kanan. Tangan mengurut bahagian bawah pusat ke bawah bagi perempuan, dan lelaki digalakkan berdehem 3 kali supaya air kencing kita keluar semuanya dengan sempurna.

Dalam Islam, setiap perlakuan ada caranya yang tersendiri. Cuba tanya agama lain, percayalah, mereka tiada ‘step-by-step’ atau cara-cara yang cukup terperinci seperti agama Islam.

Sumber dari Jakim, terdapat hadis tentang Adab Buang Air

Hadith:
 
Dari Salman RA katanya dia ditanya oleh seseorang:”Bukankah Rasulullah SAW telah mengajarkan kepada kamu segala-galanya hingga masalah buang air juga?” Jawabnya: Benar! Beliau melarang kita mengadap kiblat ketika buang air besar atau kecil. Beliau juga melarang beristinjak dengan tangan kanan, beristinjak kurang dari tiga biji batu dan istinjak dengan kotoran ternak yang telah keras atau dengan tulang.


Huraian Hadith:

  • Buang air adalah suatu kebiasaan yang diselalu dilakukan setiap hari. Disebabkan oleh kebiasaan itulah seringkali kita kurang memperhatikan adab-adab dalam melakukannya.
  • Dalam Islam terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan:
a. Tidak membawa barang yang tertulis nama Allah, kitab al-Qur’an atau sebahagian dari ayat-ayatnya.
b. Membaca doa sewaktu hendak memasuki tandas dan apabila keluar dari tandas.
c. Mendahulukan kaki kiri ketika masuk dan mendahulukan kaki kanan ketika keluar.
d. Tidak mengadap ke arah kiblat atau membelakanginya sebagai menghormati Kaabah.
e. Mengelak membuang air di dalam lubang yang terdapat haiwan di dalamnya.
f. Mengelak dari tempat orang berteduh/bernaung, di jalanan atau tempat laluan manusia.
g. Tidak buang air kecil atau besar di dalam air yang tergenang atau air mengalir yang biasa digunakan manusia untuk bersuci.
h. Tidak mencuci kotoran dengan tangan kanan yang menyentuh kotoran untuk menjaga kebersihan.
i. Dilarang bercakap ketika qada’ hajat, tidak boleh memberi salam, menjawab salam dan berzikir secara lisan.
  • Istinjak bermaksud bersuci sesudah buang air besar mahupun air kecil iaitu membersihkan air kecil mahupun besar dari badan dengan air dan jika tidak ada air bolehlah beristinjak dengan batu atau benda-benda lain yang meresap.
 
Bukan mahu mempromosikan iklan ini. Tonton sahaja video komersil ini dan nilaikan sendiri.