Saturday, 28 November 2015

Antibiotik Sebenarnya Selamat Atau Tidak?

 


“Saya takut bagi anak saya makan antibiotik; sebab anak saya berusia tujuh tahun. Banyak sangat saya dengar tentang buruknya antibiotik”Maria, Ibu, 32 Tahun

Kenyataan diatas menunjukkan persepsi yang agak negatif terhadap antibiotik. Sebelum pergi lebih jauh, jom kita fahamkan dulu apa tugas sebenarnya antibiotik terhadap tubuh badan.

“Antibiotik” berasal dari dua patah perkataan latin iaitu “anti “dan “bios”. “Anti” bermakna lawan dan “Bios” membawa maksud kehidupan.

Tugas antibiotik adalah mencegah, membantut, dan membunuh pertumbuhan mikroorganisma yang tidak baik pada tubuh badan, yang kemudiannya memudarakan tubuh badan. Mikroorganisma tersebut jugaboleh dikenali sebagai bakteria , kuman dan virus. Ia dihasilkan dari makhluk hidup atau mikroorganisme yang dapat membantutkan pertumbuhan mikroorganisme lain. Adakah antibiotik bahaya? Mari kita bincangkan.

5 Langkah untuk penggunaan antibiotik yang selamat

Mari kita kupas bagaimanakah langkah penggunaan antibiotik yang selamat.

1. Penggunaan yang terkawal
Penggunaan antibiotik mestilah terkawal. Ia tidak boleh digunakan sesuka hati! Sekiranya doktor perubatan menyarankan penggunaan selama lima hari, anda perlulah mengikut penggunaan cukup-cukup untuk lima hari sahaja. Jangan pandai-pandai minta tambah ubat di kaunter, khususnya antibiotik.

2. Berdaftar
Antibiotik mestilah berdaftar dan anda tidak pernah berjaya mendapatkan dimana-mana kedai ubat biasa mahupun farmasi swasta tanpa kebenaran bertulis dari doktor perubatan. Untuk mengetahui sama ada antibiotik itu berdaftar atau tidak, ia boleh dirujuk kepada mana-mana ahli farmasi yang berdekatan.

3. Keberkesanan
Kebiasaannya sesuatu antibiotik mesti berkesan dalam melawan sesuatu penyakit. Ia mestilah sesuai penggunaannya dengan penyakit. Pesakit mestilah tahu sedikit sebanyak tentang penyakit yang dihidapi berbanding menelan sahaja! Sebagai contoh demam campak atau ‘chicken pox’, pesakit perlu memakan antibiotik khusus seperti Acyclovir kerana antibiotik lain tidak sesuai dan berkesan dalam merawat penyakit ini.

4. Elakkan “TER-”
Elakkan dari terlupa atau tertinggal dos. Makan antibiotik pada sela masa yang ditetapkan. Jangan makan antibiotic sesuka hati atau meninggalkan dos. Sekiranya berbuat demikian dengan sengaja, anda mengundang simptom “RESISTANT”. Simptom ini menyebabkan segala penyakit tidak akan dapat diubati dengan antibiotic kerana kuman tersebut sudah kebal kerana sikap sambil lewa tadi ! Sekiranya ini terjadi, terus mengambil dos jika jarak masa masih awal. Sekiranya terlewat, tinggalkan saja dan ambil dos seterusnya. Dalam istilah farmasi, anda boleh dilabel tidak komplians sekiranya berbuat demikian.

5. Dapatkan nasihat doktor
Dapatkan nasihat doktor sekiranya antibiotik yang dimakan mendatangkan kesan-kesan yang tidak diingini seperti muntah, mabuk dan sebagainya. Berkemungkinan besar, anda tidak sesuai dengan antibiotik tersebut. Jangan ambil mudah, kerana ia melibatkan nyawa anda dan orang yang tersayang !
Kesimpulannya, setiap penyakit ada penawarnya. Antibiotik merupakan salah satu penawar yang digunakan sejak zaman dahulu lagi. Penicillin yang ditemui Alexander Fleming pada tahun 1881 masih lagi digunakan secara meluas sehingga sekarang, Pengunaan yang terkawal memberi kesan selamat. Jika sebaliknya, mendatangkan mudarat!
Oleh itu, jangan kita takut lagi dengan antibiotik! Sebagai pengakhiran, mari kita lihat poster yang dihasilkan oleh MedikTV.

Semoga entri ini sedikit-sebanyak dapat memberi informasi pada semua pembaca.