Friday 20 November 2015

Berat Badan Bertambah Punca Lemah Syahwat

 


Kebanyakan individu mengalami peningkatan berat badan selepas sebulan meraikan Syawal. Lantaran sikap kurang mengambil perhatian dalam soal pemakanan saat menhgadiri rumah terbuka dan berhari raya, kesihatan seksual khususnya bagi kaum Adam boleh terjejas apabila berat badan meningkat. Ini adalah kerana menurut kajian, lelaki mempunyai berat badan yang berlebihan dilaporkan mengalami masalah seksual seperti kesukaran mendapat ereksi.

Situasi ini boleh menyebabkan lelaki ‘dingin’ di ranjang atau mengelak hubungan seksual disebabkan keinginan yang kurang dan lemah syahwat serta sukar ereksi. Menurut satu kajian yang pernah dibentangkan oleh The North American Association lelaki obsess adalah lebih 25 kali ganda melaporkan masalah seksual berbanding lelaki yang mempunyai berat badan yang normal.

Hakikatnya, masalah ini bukan sahaja menyentuh isu fiziikal malahan ia juga melibatkan isu psikologi termasuklah penampilan diri dan rasa bimbang dengan kekurangan diri sewaktu ‘beraksi’. Justeru, lelaki tang meningkat berat badan perlu memandang serius soal in dan mengambil langkah untuk memperbaiki masalah kesihatan seksual yang boleh menjejaskan hubungan suami isteri jika dibiarkan berlarutan.

OBES JEJAS FIZIKAL DAN PSIKOLOGI

Dalam satu kajian yang melibatkan 928 lelaki dan wanita yang obes dengan purata BMI (BODY MASS INDEX) lebih 40 tersebut telah diberi satu kaji selidik dimana hampir 65 peratus mengaku  mempunyai masalah seksual termasuklah :

#Lemah syahwat, masalah kemampuan beraksi dan fungsi lalu mengambil tindakan dengan mengelak hubungan seksual

#Kurang keseronokan sewaktu melakukan hubungan seksual berbanding lelaki yang mempunyai berat badan normal.

#Tidak mencapai kepuasan dalam hubungan seksual.

Menurut laporan kajian Martin Binks, pengkaji dan psikologis Kesihatan Tingkah Laku di Duke Diet & Fittness Center, Duke University Medical Center, hakikatnya isu ini bukan soal mendapatkan rawatan untuk mengurangkan berat badan sahaja, segelincir orang yang obes turut mengalami kesan psikologi. Lazimnya, mereka mengambil sikap mengsingkan diri sedangkan mereka perlu bertindak dan menurunkan berat badan untuk memperbaiki kualiti hidup dan kehidupan seksual. Malah, pengkaji mengesahkan menerusi pemerhatian klinikal, kebanyakan lelaki obes menghadapi isu gaya hidup dan kepuasan seksual.

BERAT BADAN TURUN, LIBIDO MENINGKAT

Satu kajian yang dilaporkan dalam Journal of Sexual Medicine yang dilakukan ke atas kalangan lelaki obes dengan diabetes jenis 2 yang menunjukkan kesihatan seksual golongan tersebut bertambah baik apabila mereka menurunkan berat badan.

Pemakanan seramai 31 lelaki obes dengan diabetes jenis 2 dalam kajian tersebut diganti dengan pemakanan rendah kalori atau rendah lemak, tinggi protein di mana pemakanan berkarbohidrat dikurangkan untuk pengambilan kalori sebanyak 600 kalori sehari.

Berdasarkan kajian tersebut penurunan berat badan sebanyak lima peratus dilihat dapat mengurangkan masalah disfungsi ereksi dan menambah keinginan seksual dan ereksi dalam tempoh lapan minggu termasuklah masalah masalah urin seperti jangkitan saluran kencing.

Malahan ia juga menunjukkan perubahan di dalam gaya hidup yang turut memberi kesan yang positif kepada fungsi seksual seseorang. Biarpun kaedah pengambilan ubat untuk mengatasi masalah fungsi seksual polpular, kini masyarakat perlu tahu bahawa menurunkan berat badan merupakan kaedah terapeutik tanpa kaedah ubat yang Berjaya memperbaiki masalah ereksi dan kesihatan kardiovaskular