Sudah hampir 51 tahun sejak pil pencegah
 hamil mula diperkenalkan di Amerika Syarikat, kebanyakkan pilihan dan 
jenama di pasaran seluruh dunia hanya khusus buat wanita. Bagi lelaki 
pula, kita sedia maklum terdapat dua kaedah untuk mencegah isteri 
daripada hamil iaitu sama ada menggunakan kondom atau vasektomi.
Namun demikian, apabila bercakap soal 
merancang kehamilan sering kali ia dipertanggungjawabkan kepada si 
isteri. Ini termasuklah memastikan pengambilan pil secara terancang 
tidak diabaikan agar tidak berlaku kehamilan.
Bagaimanapun, kini terdapat teknik 
terbaru mencegah kehamilan di pasaran Amerika Syarikat. Ia khusus untuk 
lelaki pula. Antara yang hangat diperkatakan ialah penggunaan gel 
hormone dan implant yang menghalang kesuburan lelaki untuk tempoh 
sementara. Pelbagai aspek diambil kira dalam mencari kaedah yang selamat
 dan efektif bagi kaum lelaki kerana ia didapati agak sukar atas 
sebab-sebab biologi
SEJAUH MANA BERKESAN??
Professor Perubatan dan Pakar 
Reproduktif Lelaki dari University Of Washington, John Amory 
memberitahu, kaedah tersebut perlulah kuat untuk menghentikan jutaan 
sperma yang duhasilkan dalam sehari tanpa menjejaskan libido dan fungsi 
seksual.
Dalam satu kajian lain pula, lebih 
daripada 50 peratus lelaki memberitahu bahawa mereka bersedia untuk 
menggunakan pencegah kehamilan berasaskan hormone ini untuk menanggung 
beban si isteri denagn mengambil tanggungjawab tersebut.
Sementara itu, kondom masih dilihat 
sebagai kaedah paling kritikal dan banyak digunakan untuk mencegah 
kehamilan dan juga penyakit seksual. Bagi segelintir wanita di Amerika 
Syarikat yang terlibat dalam kaji selidik mengenai kaedah baru ini 
berpendapat, ia tidak boleh dipraktikkan dalam hubungan bebas dan 
rambang. Mereka agak sukar untuk mempercayai lelaki yang mengaku telah 
melakukan implan. Sebaliknya, kaedah ini lebih praktikal untuk pasangan 
suami isteri kerana mereka boleh mempercayai pasangan masing-masing.
Para saintis pula menyatakan bahawa 
kombinasi testosterone dan progestin iaitu hormone yang sama digunakan 
dalam kaedah pencegah kehamilan untuk wanita ini juga da at mengurangkan
 jumlah sperma dan berupaya membuatkan hampir 90 peratus sidak subur 
sementara.
BAGAIMANA IA DILAKSANAKAN???
Biasanya, suntikan dengan implant 
progestin selang beberapa minggu dilakukan pada bahagian atas lengan. 
Manakala pengkaji di University Of Washington dan University Of 
California-Los Angeles pula mengkaji kaedah menggunakan gel progestin 
dan testosterone yang di sapu setiap hari.
KEBAIKAN
Bagaimanapun setiap kaedah mempunyai 
kebaikan dan keburukkannya. Kombinasi hormone progestin ini bertindak 
menghalang testosterone yang menghasilkan sperma ini terdapat dalam 
bentuk implant, suntikan dan gel. Kaedah baru ia sudah pun berada di 
pasaran Amerka Syarikat. Ia juga memerlukan pembedahan dan bersifat 
sementara.
KEBURUKAN
Manakala kelemahan kaedah ini pula 
dikatakan mengambil masa beberapa bulan sebelum ia benar-benar aktif dan
 berkesan. Ia juga tidak memberi kesan pada sesetengah lelaki. Kaedah 
ini juga tidak terdapat di dalam bentuk pil dan perlukan pemantauan 
untuk mengelakkan masalah libido dan kesan sampingan lain.