Awal Oktober lalu, kerajaan Mesir telah 
mengharamkan inport produk yang dikatakan berupaya mengembalikan selaput
 dara seseorang wanita. Pada harga sekitar RM 120 (AS$30) Artifical 
Virginity Hymen (AVH) yang diedarkan oleh Gigimo, syarikat dari Republik
 Rakyat China bertujuan membantu wanita daripada dimalukan atau 
dipersoalkan oleh pihak suami mengenai status ke perawanan  mereka pada 
malam pertama.
Gigimo yang mereka bentuk AVH dengan 
keupayaan mampu mengeluarkan darah sebaik saja ditembusi setakat ini 
tidak menjawab sebarang emel atau panggilan telefon sama ada mereka 
pernah menerima pesanan atau tempahan dari Mesir atau lian-lain Negara 
Timur Tengah.
Ternyata bukan Mesir saha yang dilanda 
ribut AVH, Negara jiran kita Indonesia, turut berdepan situasi serupa. 
Di Jakarta alat ini dijual dari harga RM59.00 hingga RM200.00 (Rp 
165.000 hingga 700.000).
Apa pun yang pasti, pakar perubatan 
berpendapat selaput darah palsu ini tidak diketahui setakat mana 
keberkesanannya. Namun dalam dunia kedoktoran terdapat teknik pembedahan
 untuk memperbaiki selaput darah yang koyak dikenali sebagai 
hymenoplasti.
Hymen atau selaput darah adalah lapisan 
mukosa yang mengelilingi atau menutupi sebahagian daripada vagina. 
Lapisan tersebut memeliki saluran darah dan saraf yang menyebabkan pada 
selaput dara sering kali diikuti dengan kesan pendarahan dan rasa ngeri.
Lubang selaput dara hanya sebesar satu 
jari. Jadi, kalau terjadi persetubuhan pastinya akan koyak kecuali yang 
sangat elastic yang tidak mudah robek dan tidak akan berdarah sewaktu 
ditembusi penis.
Biarpun begitu, rawatan pembedahan 
hymenoplasti memang tidak popular terutama dikalangan wanita asia dengan
 alasan moral dan social. Pada keadaan tertentu, hymenoplasti tetap 
dilakukan oleh doktor terutama pada mangsa perkosa dengan tujuan 
mengembalikan selaput dara pada kesan sebelum terjadinya koyakan. Namun,
 perlu diingatkan ketebalan, bentuk dan elastisiti selaput dara berbeza 
pada setiap wanita.
MITOS MENGENAI SELAPUT DARA
Mitos: setiap wanita dilahirkan dengan memeliki selaput dara.
Fakta: tidak benar. Tidak semua wanita 
lahir dengan selaput dara pada vaginanya. Penelitian menunjukkan 
terdapat beberapa bayi perempuan yang dilahirkan tanpa selaput dara.
Mitos: selaput dara bentuknya sama pada setiap wanita, seperti selaput tipis tanpa lubang.
Fakta: tidak benar. Seperti juga manusia
 memiliki wajah yang berbeza, sedemikian juga selaput dara. Selaput dara
 memiliki lubang atau pori yang bentuknya bervariasi. Lubang pada 
selaput dara bertambah lebar setelah wanita mengalami mestruasi pertama 
kali.
Mitos: rawatan pemulihan selaput dara sangat diperlukan bagi wanita yang akan berkahwin tetapi selaput daranya sudah hilang.
Fakta: rawatan pemulihan selaput dara 
memang selalu menimbulkan pro dan kontra. Sebetulnya, apabila semua 
orang sudah memiliki pemahaman tentang selaput dara seperti yang 
dijelaskan di atas, pembedahan tidak diperlukan sama sekali.
Keperawanan seseorang tidak dapat 
ditentukan oleh adanya pendarahan pada malam pengantin. Sesiapa saja 
boleh melakukan pembedahan selaput dara kembali menjadi perawan. Dalam 
hal ini sudah tentu terjadi penipuan terhadap lelaki yang menjadi 
suaminya.