Mungkin di antara kita yang masih belum 
berkahwin tetapi umur sudah meningkat khusus golongan wanita. Ini di 
tambah lagi dengan teman-teman sebaya anda sudah berkahwin dan mempunyai
 anak sudah tentu menimbulkan kerisauan. Sekiranya  anda mengalami 
perkara seperti ini sebaiknya anda jangan panik dan bingung. Jom baca 5 
kata-kata perangsang untuk mereka yang belum dapat jodoh ini:
1. Anda bukan orang terakhir
 : Anda keluar rumah dan melihat seolah semua orang sudah mencari 
pasangan mereka. Anda pun merasa menjadi orang bujang terakhir yang 
tinggal di bumi. apapun, hal itu tidak benar. Percayalah, ada seseorang 
yang sangat istimewa yang kelak akan mendapatkan anda.
2. Jangan tertekan : 
Memang mengucapkan sesuatu lebih mudah daripada melakukannya. Namun 
membiarkan diri untuk tertekan jelas tidak akan mengubah keadaan. Jadi, 
pastikan anda selalu berfikiran positif mengenai masa depan anda.
3. Jangan putus asa : 
Hari istimewa anda akan datang, meskipun tidak tahu bila-bila hal itu 
akan terjadi. Jadi sambil menunggu waktu itu, jangan membiarkan diri 
larut dalam keputusasaan. Sebaliknya, jalani hidup anda dengan lebih 
ceria dan memanfaatkan kesempatan yang ada untuk bertemu pasangan.
4 . Jangan lupa, manfaat menjadi orang bujang
 : Bujang maksudnya anda sendirian dan boleh melakukan banyak perkara 
yang anda suka tanpa batasan orang lain. Ingat saja berbagai manfaat 
menjadi bujang, dengan demikian anda akan lebih bersyukur.
5 . Jangan sampai terpaksa menikah
 : Apakah anda pasti menginginkan kehidupan seperti yang anda lihat? 
Sebab tidak semua yang nampak baik dari luar sama seperti yang terjadi 
di dalam. Berkahwin bukan hal mudah, jadi jangan sampai terpaksa 
melakukannya hanya kerana anda tertekan dengan status bujang anda.
Sekarang tarik nafas panjang dan 
fikirkan dengan baik penjelasan di atas. Semoga anda tidak lagi merasa 
buruk sangka dengan keadaan yang sekaran. Dan yang paling penting 
berfikir secara positif dan Inshaallah jodoh anda akan sampai…
Selain di atas anda juga boleh cuba 
berikthiar salah satu caranya ialah menggunakan peromone. Pheromones bukan lagi satu rahsia, ianya memikat 
seseorang secara alami apabila dirembeskan oleh berbagai bahagian tubuh 
anda melalui peluh.