Friday 20 November 2015

Cara Kecilkan Betis dan Paha

 


Saya percaya ramai wanita tercari-cari cara yang berkesan untuk mengecilkan paha dan betis yang besar. Ada di antara kita mengamalkan diet tetapi bahagian paha dan betis tetap besar dan sering menjadi penghalang bagi mereka untuk mencapai kesempurnaan itu.  Persoalannya, adakah anda melakukan teknik senaman yang betul?

Hari ini saya ingin mahu berkongsi beberapa tips mudah untuk anda yang mengalami masalah paha dan betis yang besar. Tips ini haruslah diamalkan setiap hari sehingga anda nampak perubahannya.

Kurangkan pengambilan makanan berlemak

  • Pengambilan makanan berlemak merupakan faktor utama paha dan betis yang besar. Oleh sebab itu, kurangkanlah pengambilan makanan yang berlemak. Gantikan dengan makanan yang lebih sihat dan mempunyai khasiat yang baik untuk badan anda. Secara tidak lansung dapat membantu mengurangkan lemak dalam badan anda!

Makan makanan yang berserat

  • Tahukah anda makanan yang mempunyai serat yang tinggi dapat membantu anda untuk mengurangkan saiz paha dan betis? Ini kerana makanan berserat seperti sayur dan buah-buahan mempunyai khasiat yang sangat tinggi dan kurng lemak dan secara tidak lansung dapat membantu mengurangkan lemak dalam badan.

Melakukan senaman

  • Antara senaman yang baik untuk paha dan betis ialah berjalan atau berjogging. Kaki anda merupakan otot utama untuk kedua-dua senaman ini. Jika anda tidak mampu untuk berjogging, anda boleh juga berjalan secara perlahan atau berlari setempat. Fungsi dan kesannya tetap sama. Jadi tiada alasan untuk anda tidak membuat senaman ini!

Petua yang paling mudah yang anda boleh lalukan selepas terjaga dari tidur : Setelah anda bangun dari tidur, kekalkan badan anda dalam posisi melentang. Angkat kaki ke atas dan gerakkan keatas dan kebawah seperti sedang mengayuh basikal. Kemudian angkat kedua-dua belah kaki anda pada ketinggian yang sama dan tahan untuk beberapa minit (ikut kemampuan). Kemudian, sambung kembali gerakkan kaki anda seperti sedang mengayuh basikal. Jangan terlalu cepat dan jangan terlalu lambat.

Semoga selamat mencuba!