
cara untuk atasi kulit berminyak ini..? Masalah
kulit berminyak ini dialami oleh ramai lelaki dan wanita. Terdapat
banyak panduan, petua, teknik, kaedah, tips, rahsia serta bagaimana cara
untuk atasi kulit berminyak.
Untuk Kulit berminyak ini akan menyebabkan kulit muka akan mudah dijangkiti jerawat dan sebagainya.
Ini adalah panduan, petua, teknik, kaedah, tips, rahsia serta bagaimana untuk atasi kulit berminyak ini. Ianya mampu dijadikan panduan dan teknik merawat masalah kulit yang sangat berminyak.
Tips dan Petua Untuk Mengatasi Kulit Muka Berminyak
Kulit berminyak akan mengundang jerawat. Jerawat disebabkan oleh inflamasi kelenjar sebum. Munculnya jerawat adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. Faktor-faktor lain yang sering dikaitkan dengan kehadirannya adalah keturunan, bakteria, tekanan psikologi yang keterlaluan/stress, dan cuaca. Kulit yang terdedah dengan bahan kimia tertentu mungkin merangsang munculnya jerawat.
1) Kurangkan makanan berminyak.
2) Minum air dengan banyak setiap hari.
3) Sentiasa mencuci muka terutamanya selepas di luar, setidak-tidaknya, lapkan muka dan leher anda dengan kain/tisu lembap.
4) Jika anda menggunakan losyen muka, pastikan ianya bukan dari jenis berminyak tapi berasaskan air. Elakkan yang mengandungi mineral ‘oil’.
5) Pastikan anda membersihkan solekan anda setiap hari dengan make-up remover yang bersesuaian.