Bagaimana toksin terjadi ? 
Toksin dalam tubuh badan kita terjadi 
akibat pencemaran.Antaranya ialah pencemaran makanan akibat dari bahan 
kimia  seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia dalam 
aktiviti pertanian . Kesihatan manusia  menjadi teruk apabila menggambil
 makanan yang menggandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan
 dan sebagainya. Inilah antara sebabnya  terjadi pelbagai penyakit 
seperti  barah, migrain dan sebagainya.
TAHUKAH ANDA??
Kini tidak ramai terfikir untuk 
melakukan pembuangan toksin dalam badan . Bayangkan jika seseorang yang 
tidak pernah membuang toksin sejak lahir sehingga umurnya mencecah 40 
tahun, bermakna macam -macam racun yang terkumpul dalam badan akhirnya 
termendap pada tapak kaki .Jika sistem semulajadi tubuhnya tidak mampu 
membuang toksin tersebut ia akan membuat seseorang itu akan mengalami  
sakit gout, kulit menjadi kusam  dan sebagainya  lagi.
Toksin terdapat pada seluruh organ 
manusia,dimana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang 
tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia,MEROKOK dan
 sebagainya.  Antara penyingkiran toksin secara semulajadi adalah 
perkumuhan seperti pembuangan air besar yang berlaku sekali sehari bagi 
yang normal .Selain itu toksin juga akan dikeluarkan  melalui peluh   
hasil dari aktiviti bersukan.Toksin yang tidak dikeluarkan secara 
semulajadi itu akan diserap semula oleh badan.
Mengapa Anda Perlu Membuang Toksin? 
Kehidupan seharian kini sentiasa 
terdedah dengan beribu jenis toksin dan kimia yang berbahaya. 
Bahan-bahan ini boleh didapati didalam makanan, udara yang disedut 
ataupun didalam pil-pil untuk perubatan. Toksin ini semakin lama semakin
 membesar dan memberi tekanan kepada organ badan kita. Mereka ini 
menyerap tenaga dalaman dan fokus dan menyebabkan kita jatuh sakit, 
menghadapi masalah berat, sukar untuk tidur, keguguran rambut dan 
banmyak lagi kesan-kesan buruk.  Dengan mengurangkan jumlah toksin 
didalam tubuh badan akan menyebabkan tubuh badan semakin sihat dan kuat.
Sistem Limpa
Sistem limpa memainkan peranan penting
 didalam sistem immune untuk menyingkirkan toksin. Apabila sistem limpa 
terhalang  cairan limpa akan terhasil dan menyebabkan sistem limpa 
bertoksin. Konsep disebalik teknologi orang Asia ini adalah untuk 
mengekstrak cairan limpa didalam tubuh badan dengan membuang halangan 
tadi. Ia juga bertujuan untuk menyingkirkan sisa metabolik dan toksin, 
menghantar nutien kedalam sel-sel dan meningkatkan kadar metabolisme .