Thursday 19 November 2015

Cara Urut Untuk Membesarkan Saiz Zakar

 


Amalan mengurut zakar memang terdapat dalam tradisi masyarakat Melayu lama. Amalan ini dikatakan telah dibawa oleh pedagang Arab ke Tanah Melayu. Telah tersebut dalam kitab Rawd-At-Tirr karangan Sheikh Nefzawi seorang penasihat istana kerajaan Arab-Tunisia di abad ke-17, berkenaan kaedah membesarkan saiz zakar melalui urut.

1. Tujuan mengurut zakar

Terdapat beberapa pendekatan serta tujuan mengurut zakar :

*bagi mengubati tanda-tanda awal penyakit mati pucuk dan lemah tenaga batin

*untuk mengatasi masalah pancutan awal atau ejakulasi pramatang

*tujuan membesarkan dan memanjangkan zakar. Menurut ilmu tabib Cina, zakar boleh ditambah saiz sehingga 1 hingga 2 inci. Namun rawatan urut Melayu dan kitab-kitab Arab mencatat bahawa saiz boleh ditambah sehingga 4 inci. Malahan ahli Yoga India ada yang mampu memanjangkan zakar sehingga 14-inci !

* bagi meningkatkan keampuhan dan keupayaan zakar – supaya zakar menegak lebih tegar dan galak, condong ke atas dan timbul urat-urat zakar serta kepala zakar kembang dengan garang seperti singa apabila menghadapi isteri ketika persetubuhan

* mengurut zakar untuk meredakan gejolak nafsu – terutama kepada lelaki bujang atau suami yang berjauhan dari isteri [ tanpa menumpahkan air mani ] serta mengelak dari maksiat zina

* sebagai latihan untuk menghadapi situasi sebenar persetubuhan. Urut zakar dengan latihan pernafasan tertentu boleh membantu suami mengawal kepala zakar untuk mengembang dan menguncup untuk kepuasan jimak pihak isteri. Sekaligus amalan urut ini berfungsi membantu ketahanan suami ketika berjimak.

2. Kaedah Mengurut Zakar

Ada pelbagai kaedah mengurut zakar yang meliputi cara mengurut, kawasan tubuh badan yang diurut, minyak atau alat yang digunakan dan peraturan tempoh waktu amalan urut dilakukan, malahan ada yang mengguna jampi serapah seperti dalam amalan dukun Melayu

Berikut ini adalah koleksi kaedah urut zakar seperti yang diamalkan oleh masyarakat tradisi Melayu-Arab yang diturunkan kepada anak daripada bapa apabila anak lelaki mula mencapai umur baligh. Ianya adalah Rahsia yang perlu diketahui oleh setiap lelaki yang mengambil berat akan kesihatan fizikal zakarnya.

Mengeraskan Zakar

Sebelum tidur ambil sedikit minyak lintah  dan gosokkan dengan laju pada tapak tangan untuk memanaskannya apabila mengurut.

Letakkan sedikit minyak tersebut pada jari-jari tangan dan urut kelengkang ia itu antara dubur ke telur zakar ( seakan-akan Istibra selepas kencing ) . Tekan sedikit dan pastikan anda urut sehala saja, yakni dari dubur mengarah ke telur zakar. Lakukan sebanyak 7 kali.

Kesan dari amalan ini akan dapat dilihat pada malam itu juga, di mana zakar akan menegang dengan galak sekitar 3 pagi sehingga waktu solat subuh. Amalkan ia kalau boleh pada setiap malam sebelum anda tidur terutama ketika cuaca sejuk supaya ligament dan urat-urat zakar berada pada tahap kecergasan yang terbaik.

Urut untuk Memecahkan Lemak ; Angin pada batang Zakar

Semasa bangun dari tidur, selatkan pangkal batang zakar (kawasan yang berhampiran dengan bumi zakar) menggunakan jari telunjuk dan jari tengah tangan kanan atau tangan kiri. Hujung jari-jari itu menekan ke bumi zakar sambil mengurut-urutnya ke atas dan ke bawah.

Lakukan selama kira-kira 2 minit atau hitungan 99-kali. Lakukan pada setiap pagi kerana amalan ini akan memecahkan lemak dan angin dari berkumpul pada pangkal zakar. Ianya juga dapat mengelakkan dari berlakunya tersimpul urat buah zakar apabila usia meningkat tua.

Menahan Mani

Menurut kitab Tajul Muluk dan Rawd-at-Tirr, mengurut menggunakan minyak urut yang khas boleh membantu lelaki bertahan lebih lama ketika bersetubuh.Caranya ialah dengan mengurut sehala dari pangkal zakar menghala ke hujung zakar, berulang-ulang kali. Tempatkan ibu jari di bahagian atas batang zakar, jari tengah di bahagian bawahnya.

Lakukan urutan selama 2 minit atau 99-kali hitungan. Latihan ini boleh dilakukan pada bila-bila waktu lapang, kecuali pada waktu Zohor dan Maghrib.

Urut Memanjangkan Zakar

Kebanyakan lelaki merasakan zakar mereka tidak menepati saiz yang sepatutnya. Purata zakar normal lelaki dewasa Malaysia ialah sekitar 4 inci hingga 6 inci, namun perlu diingatkan bahawa kebanyakan lelaki tidak mencapai saiz zakar yang optima.Maka atas sebab ini kaedah mengurut boleh meningkatkan zakar ke tahap yang lebih besar dan panjang.

Dalam satu kajiselidik di Amerika, majoriti wanita di negara tersebut menginginkan lelaki yang mempunyai zakar sekitar 7 inci dengan ukur keliling yang tebal. Alasan yang diberikan mereka ialah untuk dapat merasakan zakar penuh atau sendat di dalam vagina dan supaya kepala zakar dapat menyentuh mulut rahim (cervix atau Batu Meriyan dalam istilah perbidanan Melayu)