
Menyusukan anak dengan susu ibu telah menjadi ‘trend terkini’.
Sebenarnya ia sangat bagus kerana kaum ibu dan juga kaum bapa sedar akan
kepentingan menyusukan anak dengan susu ibu sebaik sahaja dilahirkan.
Terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan bagi menambah susu ibu
antaranya ialah :
1.Bunga melur dan daun pucuk manis
Giling daun bunga melur
atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara
pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu
dara sebelum menyusukan bayi.
2. Kacang tanah
Kacang tanah mengandungi
kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B
kompleks, dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih
tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid aminonya
pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan
mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya.
Sapukan sedikit minyak
kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu.
Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu
badan menjadi banyak.
Cuci halba atau jintan
hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas
bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba atau jintan manis
dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum
airnya.
Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya mengambil hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari..
7. Lobak merah
Ambil sebatang lobak
putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil.
Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam.
Minumlah sebanyak 2 kali sehari.
8. Nasi panas, halia muda dan air asam
Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.
9. Daun betik muda
Ambil beberapa helai
daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih.
Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari.