
Kelenjar prostat adalah salah satu organ daripada sistem pembiakan
lelaki yang bersaiz sebesar kacang. Ia berkedudukan mengelilingi uretra
iaitu satu tiub yang menghubungkan antara pundi kencing dan zakar.
Prostat mengandungi tisu berserat, tisu berotot dan juga kelenjar.

- mengawal pembuangan air kencing
- mengeluarkan sebahagian cecair dalam air mani
Sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti di bawah maknanya anda mempunyai masalah prostat:
- sukar untuk kencing
- sukar untuk berhentikan aliran air kencing
- mengambil masa untuk kecing kerana air kencing lemah
- air kencing masih menitis walaupun sudah selesai buang air kencing
- sering berasa ingin kencing di waktu siang (berbeza dengan minum air dengan banyak)
- sering bangun malam untuk kencing
- kencing dalam keadaan tergesa-gesa
- kencing tidak puas
- terasa sakit atau pedih ketika kencing
- kencing berdarah
- gangguan pada organ seks dan nafsu seks
Jika anda simptom-simpton di atas segeralah berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut.