Wednesday 18 November 2015

Tips Pancut Air Mani Lambat

 

Di dunia moden ini, ramai lelaki mengalami masalah pancut cepat di mana mereka pancut terlebih dahulu sebelum isteri mereka alami orgasme atau puas. Suasana ini menyebabkan isteri rasa tidak tenteram kerana diri mereka tidak di puaskan dan ia boleh menjurus kepada perkara yang negatif. Ini kerana isteri yang tidak puas ketika bersetubuh akan menyimpan perasaaan itu dan akhirnya perasaan tersebut akan meletup dan ia boleh menganggu kebahagian rumah tangga.

Sebagai panduan untuk suami, berikut adalah senarai tips pancut lambat:

1. Amalkan gaya hidup sihat yang aktif. Tukar diet pemakanan anda kepada pemakanan makanan seimbang. Di samping itu lakukan senaman secara kerap. Gaya hidup sihat yang aktif akan membantu anda untuk peroleh keyakinan yang tinggi untuk lakukan apa sahaja termasuklah menikmati hubungan seks dengan pasangan anda.

2. Tingkatkan tenaga batin anda dengan membuang semua perasaan negatif yang ada pada diri anda. Perasaan negatif seperti malu tak bertempat dan sebagainya akan menyebabkan tenaga batin anda menjadi lemah dan cepat pancut. Lakukan sesuatu yang positif seperti sembahyang, zikir, senaman dan sebagainya boleh meningkatkan tenaga batin anda.

3. Nikmati hubungan seks dengan melakukannya secara kerap. Semakin kerap anda lakukan hubungan seks, anda akan semakin mahir untuk melambatkan pancutan air mani anda. Cumanya anda perlu berfikir dan perhatikan apakah cara yang berkesan untuk anda lambatkan pancutan air mani.

4. Fokus untuk memuaskan isteri anda berbanding diri anda untuk pancut. Berikan dia rasa orgasme sebelum anda memuaskan diri anda.

5. Kawal rasa hendak pancut dengan tidak berusaha untuk memancutkan air mani. Bermain dengan rasa ingin memancutkan air mani dengan menahannya. Anda hanya lepaskan keinginan memancut air mani apabila isteri anda puas.