Friday 20 November 2015

Kesan Pil Perancang Keluarga

 

Pil Perangcang merupakan kaedah alternatif yang digunakan bagi mengelakkan kehamilan. Walau bagaimanapun terdapat kesan-kesan daripada pengambilan pil tersebut. Jom ikuti kisah benar di bawah.

Nadia merupakan ibu kepada tiga anak. Sejak beberapa bulan lalu, dia mengambil pil perancang sebagai langkah mencengah kehamilan. Sejak mengamalkan pengambilan pil tersebut Nadia dapat merasakan perubahan ketara pada dirinya. Dia bukan saja berasa dingin malah ada kalanya tidak berminat langsung mengadakan hubungan intim dengan suaminya.

Memikirkan masalah ini Nadia begitu runsing. Dia cuba untuk menghentikan pengambilan pil tersebut namun dalam masa yang sama bimbang jika hamil lagi. Sebolehnya dia ingin menjarakkan kehamilan seterusnya memandangkan ketiga-tiga anaknya masih kecil. Apatah lagi sebelum ini dia langsung tidak mengamalkan sebarangan pencegahan kehamilan. Persoalannya di sini adakah pengambilan pil perancang menjadi penyebab kepada dinginnya hubungan intim????

Merungkai persoalan ini, Pakar Runding dan Perbidanan Sakit Puan Hospital Pantai Ampang, Selangor, Dr. Suhaimi Isa memberikan jawapan.

Menurut Dr Suhaimi, pendapat yang mengatakan pengambilan pil perancang adalah penyebab dinginnya masalah hubungan intim mungkin tidak benar. Ini kerana libido atau kemahuan melakukan hubungan intim mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan emosi seseorang pada waktu itu. Dalam keadaan ini, emosi memainkan peranan yang sangat penting dalam proses hubungan intim. Jika hendak dibandingkan dengan perubahan kecil hormone testosterone (akibat pengambilan pil perancang), pastinya emosi lebih memainkan peranan.

“Tidak dinafikan, pil perancang boleh menyebabkan keinginan untuk melakukan hubungan intim sedikit ‘merosot’. Malah ia juga boleh mengurangkan produksi testosteran yang juga merupakan hormone penting bagi lelaki dan wanita. Dalam pada itu, hormone estrogen juga menyebabkan protein sex hormone binding globulin yang mengikat dan menyebabkan testosterone berkurangan,” jelasnya.

Bagaimanapun, apa yang pasti, menurut Dr Suhaimi, pengambilan pil perancang tidak sekali-kali menjadi penyebab utama hubungan intim menjadi dingin. Dinginnya hubungan inti pada seorang wanita mungkin disebabkan stress kerana sibuk menguruskan anak terutamanya bayi yang masih kecil dan menyusu badan.

Dalam pada itu, perubahan fizikal yang ketara seperti perubahan bentuk badan juga turut menyumbang kepada masalah ini. Malah masalah kemurungan dan tubuh yang lesu juga boleh menjadi penyebab kepada dinginnya keseronokkan mengadakan hubungan intim.

Justeru, katanya, alasan pil perancang menjadi penyebab wanita tidak lagi berminat untuk bersama dengan suami adalah tidak benar. Realitinya, mungkin ramai yang tidak mengetahui atau menyedari bahawa kaedah pencegahan menggunakan pil perancang sebenarnya memberi kesan positif kepada hubunagn intim. Ini kerana ia mampu meningkatan keseronokkan kerana pasangan tidak perlu bimbang akan berlakunya kehamilan tanpa dirancang.

Sebagai cadangan kepada alternative lain mencegah kehamilan, wanita juga disarankan untuk menukar pil hormone kepada alternative lain seperti kondom atau IUCD. Atau jika ingin mengambil pil, mereka disarankan bertukar kepada pil yang mengandungi hormone estrogen dan progesterone yang rendah.

“Perlu diingat, jangan sebarangan menghentikan pengambilan pil perancang ini serta merta tanpa berjumpa atau mendapatkan nasihat daripada doctor. Dikhuatiri tindakan ini boleh mengundang bahaya atau risiko yang tidak terduga.”

PIL PERANCANG PENYEBAB MASALAH BERAT BADAN???

Bagaimanapun, menurut beliau, tanggapan bahawa pil perancang menyebabkan berat badan seseorang wanita itu meningkat mungkin ada kebenarannya. Bagaimanapun, untuk pil pada zaman moden ini tanggapan tersebut mungkin tidak begitu releven. Ini kerana pil perancang pada zaman ini mengandungi rumusan yang lebih berkualiti dan mempunyai fungsi yang pelbagai.

Malah, lebih istimewa, ia juga memberi manfaat lain di mana membantu mengurangkan gejala prahaid senggugut. Di samping itu, ia juga mampu memeilhara kulit wanita supaya kekal cantik, sihat dan anggun sentiasa.

KEBAIKAN PIL PERANCANG

-          Mencegah kehamilan
-          Rawatan haid yang tidak menentu
-          Mencegah risiko kanser ovary dan pangkal rahim