Thursday 19 November 2015

Petua Suburkan Air Mani Suami

 

Bagaimanakah caranya, petua, rahsia, kaedah, teknik atau makanan untuk suburkan air mani suami ini? Memang penting untuk suburkan air mani suami. Ini kerana dengan memiliki air mani suami yang subur mampu menyumbang kepada zuriat yang baik dan sihat. Kadangkala suami menghadapi masalah air mani yang kurang subur, maka dengan itu pancutan air mani suami kurang padu dan air mani tidak aktif. Keadaan ini menyebabkan pasangan gagal mendapat zuriat.
 
Berikut dikongsikan bagaimana amalan pemakanan dan makanan untuk suburkan air mani suami yang boleh diamalkan oleh suami agar mendapat air mani yang aktif dan subur.

Buah betik kaya dengan vitamin C dan merupakan antioksidan yang baik untuk tubuh badan. Selain itu, buah betik mempunyai kelebihan lain terutama dalam meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma. Dengan mengamalkan selalu makan buah betik dapat memberikan kesan baik untuk suburkan air mani suami. Kepada mereka yang lama berkahwin tetapi gagal mendapat zuriat boleh mencuba petua ini untuk suburkan air mani.

Kekurangan vitamin C dalam badan boleh menyebabkan ketidaksuburan sperma. Oleh itu, langkah terbaik untuk meningkatkan kesuburan dan kuantiti sperma adalah dengan mengambil buah betik dalam diet harian. Pengambilan 500 miligram vitamin C setiap hari amat perlu untuk lelaki dewasa. Oleh yang demikian untuk suburkan air mani suami ini, suami haruslah memastikan untuk kandungan vitamin C mencukupi dalam badan seharian.