Sunday, 1 November 2015

Lelaki Teruja Jumpa Individu Yang Serupa Muka, Stail Rambut Dan Jambang Dengan Dirinya


Sangat sukar sebenarnya menemui seseorang yang amat mirip dengan diri kita sendiri.

Namun kebetulan yang amat tidak disangka ini berjaya dilalui oleh seorang lelaki dari Glasgow, Scotland apabila secara tidak sengaja menemui seorang lelaki yang amat serupa dengan dirinya.

Kejadian berlaku ketika Neil Douglas, 32 tahun menaiki pesawat Ryanair dari Standted ke Galway dan duduk di sebelah seorang lagi lelaki.

Kedua-duanya memiliki rambut perang dan berjambang.

Teruja dengan kebetulan itu, mereka berdua lantas merakam gambar selfie dan mula viral selepas seorang wanita, Lee Beattie memuatnaik gambar itu di laman Twitternya.

“Lelaki yang duduk di kanan itu adalah suami kepada kawan saya manakala di sebelah kirinya adalah lelaki asing yang ditemuinya dalam kapal terbang semalam!” tulis wanita itu.


Selepas ia mula mendapat perhatian netizen, muncul pula seorang lagi lelaki yang juga mendakwa memiliki rupa yang serupa dengan dua lelaki berkenaan.