Sunday, 1 November 2015

Australia Anjur Hari Terbuka Masjid Untuk Tepis Fobia Masyarakat Tentang Islam


TASMANIA: Dalam usaha menangkis persepsi negatif terhadap Islam dan memberi peluang kepada masyarakat umum tentang keindahan Islam, sebanyak 14 buah masjid di Australia menganjurkan Hari Terbuka Masjid Nasional pada hari ini.

Menurut seorang imam masyarakat Islam di Hobart, Sabri Samson, penduduk tempatan diajak untuk mendekati masjid-masjid yang mengikuti program itu.

"Suatu pengalaman yang menarik bagi mereka yang tidak pernah mengenali Islam dan mendekati masjid. Di dalam masjid tiada gambar, arca atau bangku. Hanya permaidani," kata Sabri memetik Astro Awani.

Malah fobia masyarakat luar tentang keganasan yang ditunjukkan oleh kumpulan militan seperti Kumpulan Negara Islam (IS) diterangkan secara terperinci oleh masyarakat Islam yang mengambil bahagian dengan menegaskan perbuatan itu tidak mewakili Islam.

“Itu secara jelas bukan sebahagian daripada agama Islam. Agama ini tidak menganjurkan pembunuhan dan pemerkosaan malah antara mangsa korban IS itu ialah orang Islam.

“Fakta itu cukup aneh. Semoga golongan yang seperti itu tidak ada di Tasmania,” ujarnya.