Sunday, 1 November 2015

Nahas Pesawat 7K9268 : Tiada Yang Terselamat


Kesemua 224 penumpang dan anak kapal yang menaiki pesawat Rusia yang terhempas di Mesir maut, menurut laporan dari pihak berkuasa memetik laporan Metro.co.uk.

Pesawat Air Kolavia 7K9268 itu berlepas dari resort Sharm el-Sheikh pada 5.51 pagi untuk menuju ke St Petersburg. 23 minit kemudian, ia hilang dari radar dan terhempas di Sinai.

Seorang pegawai keselamatan yang tiba di lokasi berkata pesawat itu musnah sama sekali.

Sebelum ini, paramedik pada mulanya berkata mereka mendegar suara-suara yang datang dari serpihan pesawat tersebut.

Pesawat itu membawa 200 penumpang dewasa, 17 kanak-kanak dan 7 anak kapal. Tiga penumpang adalah warga Ukrain dan 214 lagi warga Rusia.